Pengguna WhatsApp di seluruh dunia dinasihatkan supaya mengemas kini aplikasi tersebut pada telefon pintar masing-masing ekoran serangan perisian intip yang dibangunkan sebuah syarikat Israel pada 14 Mei lalu. Memetik laporan Financial Times, WhatsApp yang dimiliki oleh Facebook mengesan pada awal Mei bahawa penyerang berupaya memasang perisian intip pada telefon iPhone dan Android dengan membuat panggilan kepada mangsa melalui aplikasi berkenaan. Kod hasad tersebut yang dibangunkan oleh sebuah syarikat Israel, NSO Group dapat dimasukkan ke dalam telefon pintar walaupun pemiliknya tidak menjawab panggilan berkenaan. Rekod panggilan tersebut juga akan dipadamkan dari telefon tanpa disedari oleh pemiliknya.
Untuk rekod, NSO Group menghasilkan program Pegasus yang berupaya mengawal fungsi mikrofon dan kamera, memasuki e-mel dan mesej serta mengumpul data lokasi dalam telefon pintar. Difahamkan, WhatsApp belum dapat mengesahkan jumlah pengguna yang terjejas akibat serangan perisian intip itu. Sementara itu, WhatsApp menjelaskan, jurutera-juruteranya sedang bekerja keras untuk memperbaiki kelemahan yang membuka ruang terhadap serangan perisian intip tersebut. "Semua pengguna perlu mengemas kini versi terbaharu WhatsApp yang mula dibekalkan pada Isnin," kata syarikat berkenaan. NSO Group pula menafikan pihaknya terlibat dalam serangan yang menyasarkan beberapa peguam hak asasi manusia itu. "NSO tidak terlibat dalam pengendalian atau mengenal pasti sasaran teknologinya, di mana ia dikendalikan sepenuhnya oleh agensi-agensi risikan dan penguatkuasaan undang-undang," jelasnya. Pastikan aplikasi WhatsApp anda dikemas kini segera agar anda tidak menjadi mangsa serangan perisian intip ini. - CARI |
Bujat: Lama dh uninstall wasap lepas dibeli fb. Update beratus kali pun tetap x selamat sis. Guna telegram jah lps tu.
Bujat replied at 16-5-2019 03:16 PM
Lama dh uninstall wasap lepas dibeli fb.
Update beratus kali pun tetap x selamat sis.
ADVERTISEMENT