Seorang budak dua tahun yang ditinggalkan bersendiriran di halaman rumahnya ditemui maut dalam keadaan rentung di dalam kereta milik bapanya. Kejadian yang berlaku di Kozatske, selatan Ukraine itu menyaksikan Oryna mati selepas bermain dengan mancis di dalam kereta.
Mirror Online melaporkan, mangsa dipercayai memanjat masuk ke dalam kereta yang diletakkan di halaman rumah sebelum terjumpa dengan sekotak mancis. Polis menyatakan mangsa secara tidak sengaja menyalakan mancis dan terjatuh di atas tempat duduk kereta sebelum ianya terbakar. Bapa mangsa yang berusia 27 tahun cuba menyelamatkan anaknya yang sudah kaku dan ternyata ianya gagal.
Jurucakap polis, Natalia Mytrofanova berkata, “Dia tidak melihat anaknya di luar beberapa minit selepas itu dan terus bergegas keluar. Dia terkejut melihat keretanya terbakar dan asap tebal berkepul di udara sebelum melihat kanak-kanak itu kaku." -CARI
|
6
Bagus |
1
Marah |
5
Terkejut |
4
Sedih |
1
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT