Seperti yang semua sedia maklum mahligai perkahwinan Aliff Aziz dan Bella Astillah telah runtuh apabila mereka disahkan bercerai talak satu semalam.
Umum mengetahui, penceraian ini berpunca daripada kes Aliff Aziz yang sudah beberapa kali ditangkap curang dengan isterinya. Selepas prosiding mahkamah, Aliff Aziz dan Bella Astillah telah ditemu ramah oleh para wartawan untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut mengenai kedua pasangan itu. Melihatkan kedua pasangan itu, ternyata Aliff Aziz yang nampak lebih terkesan dan sedih dengan perpisahan itu. "Saya belum boleh hadam lagi apa yang berlaku di dalam tadi. Mungkin Allah nak tunjuk dekat saya. Biasalah manusia kalau tersepit baru nak ingat pada Allah"
"Tetapi selagi saya hidup, saya adalah hamba Allah dan akan sentiasa ada ruang untuk saya perbaiki diri saya." Wartawan turut tidak terlepas untuk menanyakan sama ada Aliff ingin memenangi semula hati Bella dan Aliff mengaku bahawa dia masih sayangkan bekas isterinya itu. "Sejujurnya saya masih sayangkan Bella dan anak saya. Dah tentu saya akan cuba menangkan hati Bella semula. Saya juga nak minta maaf kepada Bella dan keluarga sentiasa bersabar dengan saya dari awal" "Saya tidak pernah jumpa wanita sekuat Bella" Bella mengharapkan bekas suaminya itu agar berubah dan menjaga tingkahlakunya selepas ini. Harapnya Bella dan anaknya, Ayden dapat menjalani kehidupan baru yang lebih baik -CARI
|
4
Bagus |
4
Marah |
4
Terkejut |
6
Sedih |
4
Lawak |
1
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
zulka replied at 17-5-2019 01:31 AM
kenapa dgn kepala dia tu...kurap ke
zulka replied at 17-5-2019 09:31 AM
kenapa dgn kepala dia tu...kurap ke
zulka replied at 17-5-2019 09:31 AM
kenapa dgn kepala dia tu...kurap ke
ADVERTISEMENT