CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Reput Dalam Flat Larkin, Dah Setahun Mati Baru Jumpa

17-5-2019 10:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14169| Komen: 64|Original author: Oleh: Myra Rozi

Penduduk di Rumah Pangsa Larkin, Johor Bahru terkejut dengan penemuan rangka seorang wanita yang reput, dipercayai sudah meninggal dunia lebih setahun lalu.

Kosmo Onlin melaporkan, rangka mayat yang dikenali sebagai Kok Eng, 50 itu ditemui pada jam 1 pagi.

Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Rumah Pangsa Larkin, Azmi Abdullah berkata, 

"Penemuan rangka wanita itu disedari beberapa penduduk yang menyedari pintu rumah sewa yang didiami wanita itu dalam keadaan terbuka selain tidak berkunci.

"Mereka membuka pintu sebelum mendapati mayat sudah mereput terbaring di atas lantai di dalam bilik rumah tersebut."

Foto: FB
Pihak KRT telah membuat semakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (SUK) bahagian perumahan bagi mendapatkan maklumat mangsa.


"Kita mendapati rumah tersebut disewa seorang wanita dikenali sebagai Kok Weng (Gambar kecil) berusia lingkungan 50-an selain tinggal seorang diri.

"Kita juga mendapat maklumat wanita terbabit berasal daripada Batu Pahat dan mempunyai seorang adik perempuan yang kini dirawat di Hospital Permai selepas mengalami masalah mental."

Menurut sumber lagi, bau mayat berkenaan tidak disedari mungkin disebabkan keadaan rumahnya yang terletak di tingkat 15 selain ianya bersebelahan dengan rumah sampah.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -CARI

Bagus

Marah
4

Terkejut
6

Sedih
6

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 17-5-2019 06:29 AM
Hidop Dan mati dorang diri..kasehan
Quote Pixie902 17-5-2019 06:45 AM
Kesiannya, mcm sakit then baring/tidur terus meninggal...
Takda staff bhgian sewa perumahan yg alert ke mangsa tak bayar sewa dah setahun? Atau dia buat standing instruction dari bank jadi sewa terus masuk tiap2 bulan?
Quote umie 17-5-2019 06:56 AM
Siannya mati sensorang...ada adik pun sakit. Lepas setahun baru jiran tau pintu terbukak?
Quote EvieWanKenobi 17-5-2019 07:01 AM
dalam masa setahun takde orang cari?
Quote ais_kosong 17-5-2019 07:07 AM
kesiannya..
Quote fifie_olin 17-5-2019 07:12 AM
EvieWanKenobi replied at 17-5-2019 07:01 AM
dalam masa setahun takde orang cari?

kann...x kan xde sedara mara...kwn2 ke

Quote EvieWanKenobi 17-5-2019 07:15 AM
fifie_olin replied at 17-5-2019 07:12 AM
kann...x kan xde sedara mara...kwn2 ke

pintu rumah pun tak berkunci..takkan perompak tak masuk..


Quote fifie_olin 17-5-2019 07:19 AM
EvieWanKenobi replied at 17-5-2019 07:15 AM
pintu rumah pun tak berkunci..takkan perompak tak masuk..

klu dh nmpk mayat sebegitu konpem perampok lari...cancel nk buat keje
Quote Malaysia.Doom 17-5-2019 07:45 AM
EvieWanKenobi replied at 17-5-2019 07:15 AM
pintu rumah pun tak berkunci..takkan perompak tak masuk..

Roh sheols kot yang pulas tombol pintu tu.
Quote EvieWanKenobi 17-5-2019 07:49 AM
Malaysia.Doom replied at 17-5-2019 07:45 AM
Roh sheols kot yang pulas tombol pintu tu.

lawak doh kau..
Quote cap_ayam 17-5-2019 08:01 AM
fifie_olin replied at 17-5-2019 07:19 AM
klu dh nmpk mayat sebegitu konpem perampok lari...cancel nk buat keje

Ye ada logiknya.
Quote lee_sakura 17-5-2019 08:06 AM
kira dh setahun lebih la tak byr sewa, ada kemungkinan owner dtg rumah cari pastu jumpa rangka trus lari tak tutup pintu
Quote jetrofa 17-5-2019 08:08 AM
Ker jiran2 tkt 15 tu memang dah terbiasa hidu bau busuk...dah tak boleh beza bau sampah dgn bau mayat
Quote damsel_fiji 17-5-2019 08:10 AM
kesiannya...sampai dah jadik tanah dah
Quote Malaysia.Doom 17-5-2019 08:12 AM
jetrofa replied at 17-5-2019 08:08 AM
Ker jiran2 tkt 15 tu memang dah terbiasa hidu bau busuk...dah tak boleh beza bau sampah dgn bau maya ...

Dah lali dengan bau busuk kot...3rd world country punya hidung.
Quote ainie_1008 17-5-2019 08:18 AM
kesiannya...
Quote yuki812 17-5-2019 08:19 AM
apapon sekurangnya dia mati..tak susahkan org. cuma skrg lah nk kebumikan dia. agaknya dia sakit pon org tak tau.
Quote uhuStic 17-5-2019 08:21 AM
rumah hujung agaknya sampai orang perasan gitu-gitu je
Quote coolie83 17-5-2019 08:31 AM
Edited by coolie83 at 17-5-2019 08:34 AM





ni flat larkin ye..tinggi sgt mungkin bau tu tak dapat detect...ngn keadaan rumah yg kedap bau (who knows) atau pun jiran kiri or kanan buat hal sendiri..

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.063965 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top