Menteri Pelajaran Dr Maszlee Malik berkata, cadangan memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara pihak yang gagal membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dikemukakan dalam proses rundingan.
Bukan cadangan PTPTN untuk dilaksanakan dalam tempoh terdekat, katanya dipetik MalaysiaKini. "Saya lihat apa yang PTPTN kemukakan ialah konsultasi awam. Mereka (PTPTN) inginkan pandangan orang terhadap beberapa perkara. "Itu (memperkenalkan semula sekatan terhadap pinjaman yang gagal membayar balik pinjaman) bukan cadangan mereka (PTPTN). "Cuma apabila wartawan tanya dia (Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan) macam itu, dia pergi jawab pula. "Pada pendapat saya, PTPTN perlu menjelaskan kepada media supaya tidak berlaku salah faham," katanya. PTPTN semalam dilaporkan akan memperkenalkan semula sekatan pelajar ke luar negara terhadap pelajar yang gagal membayar pinjaman jika perkara itu dimahukan orang ramai. - CARI |
giyomi replied at 17-5-2019 06:25 PM
heiii, bole gi luar negara tp tak mampu nak bayaq ptptn...ishishish. shame on yourselves. bukan di s ...
tungkai replied at 17-5-2019 09:12 PM
Pak menteri punnn.....at least be firm lah.Ni main tarik tali..Cemana org nak respect....
giyomi replied at 17-5-2019 06:25 PM
heiii, bole gi luar negara tp tak mampu nak bayaq ptptn...ishishish. shame on yourselves. bukan di s ...
ninja9 replied at 18-5-2019 02:18 AM
aku setuju shj sekat ke luar negara kah, tak boleh renew lesen kah atau tak boleh renew roadtaxkah.
...
ADVERTISEMENT