CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

Mencuit Hati! Antara Gelagat Yang Hanya Muncul Di Bulan Ramadan, Orang Puasa Je Boleh Relate!

21-5-2019 10:23 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 7179| Komen: 25|Original author: Oleh: intan

'Ramadan tiba, Ramadan tiba!' Ha, itu antara lagu lagu berkenaan bulan Ramadan yang sering didengari di corong-corong radio. Ekslusifnya, lagu-lagu tersebut hanya diputarkan di bulan Ramadan, sama juga dengan lagu hari raya. Setahun sekali saja tau nak dengar!



Di bulan mulia ini pasti ada momen serta gelagat lucu kerana hari yang dilalui tidak seperti hari-hari biasa. Selain menahan lapar dan dahaga, ramai yang mengambil peluang untuk mengerjakan ibadah kerana ganjarannya yang berlipat kali ganda. 

Disebabkan setahun sekali lah, pasti ada di antara anda yang mengalami peristiwa lucu sepanjang bulan puasa ini. Anda ada buat perangai begini ke? Jujur tau!


1. Asyik tengok jam macam baru belajar puasa



Jangan ingat budak kecil saja rajin bertanya jam sebab tak sabar nak berbuka puasa, bapak budak pun ada tau! Sabar sajalah kalau ada pasangan atau rakan-rakan yang berperangai macam ni!


2. Tahu waktu solat fardhu Maghrib dengan tepat!



Tak lebih dan tak kurang seminit! Tepat-tepat tahu waktu masuknya waktu Maghrib apabila tiba bulan Ramadan. Ajaib, bukan? Bersemangat terus apabila mendengar azan Maghrib berkumandang!


3. Nak sahur, tapi tahu-tahu je dah terlajak ke waktu subuh




Kalau waktu imsak bolehlah minum air sedikit, tapi kalau dah azan Subuh kedengaran, alamatnya extra lapar lah ya hari itu.. Adoi, nasib badan!


4. Awal-awal dah plan nak makan/masak apa




Sindrom ni selalu terjadi pada mak-mak. Lepas sahur pun dah boleh rancang nak masak apa untuk juadah berbuka. Ataupun mungkin tengah fikir nak masak atau makan di luar? 

Bukan mak-mak saja, kawan, rakan sekerja, teman serumah pun ada juga. Kemudian, hasut pula kawan-kawan mencari menu di Internet untuk dimakan waktu berbuka nanti. Ha, siapa ada perangai macam ni? Baik mengaku.


5. Penunggu bazar Ramadan



Seolah-olah menjadi benda wajib untuk dilakukan di bulan Ramadan, ada yang akan menjadi penunggu bazar ramadan. Takut habis kalau pergi lewat, katanya. 

Dah pergi tu, ada pula yang membeli sampai membazir. Bulan Ramadan ini kan bulan keberkatan, jauhi amalan membazir makanan ya!


6. Teguk air sampai satu 'jug' ketika berbuka




Ha, ini satu lagi gelagat. Tahulah dahaga, tapi bila berbuka tu berpada-padalah meneguk air. Nanti kenyang sebab air, siapa nak makan juadah berbuka puasa yang banyak tu? Dapat pula air manis dan berais, memang kena la dengan tekak, kan?

Itu adalah antara gelagat yang biasa kita jumpa di bulan puasa. Anda ada nak kongsikan perangai aneh dan pelik yang hanya muncul di bulan mulia ini? Jom kongsikan kepada kami! - CARI
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 21-5-2019 10:36 AM
no. 4.. kalau boleh nak penuh meja..
Quote salmon-suki 21-5-2019 10:37 AM
No.3 dan no.6 tu mmg betul..hahaha{:run

Salu set 2,3kali alarm tp y dgr alarm subuh je..aduhaiiii..hahaha
Quote palmolive 21-5-2019 10:41 AM
pendek kata " Don't Mess With The Hungers"
Quote tagas 21-5-2019 10:48 AM
time beli tak hengat donia berhabis duit

skali mkn ciput aje da konyang tak abis

nafsu mengatasi kemampuan

mmg byk hikmah tuhan bg

sgt bermakna amalan berpuase nih
Quote NBM 21-5-2019 10:59 AM
aku rasa bulan puasa ni lagi stress nak fikir menu apa nak masak kalau dibandingkan dgn bulan biasa
Quote dekmieDandy 21-5-2019 11:13 AM
Alhamdulillah, compare dengan tahun lepas tahun ni xde terlepas sahur lagi

Gastric pon Alhamdulillah tak mai tahun ni
Quote dewi_rina 21-5-2019 11:30 AM
No 2 tu paling dinanti-nanti ye
Seminit pun tak boleh lambat
Lambat seminit boleh mati
Quote june-july 21-5-2019 11:47 AM
No. 3 ngan no. 6 cam betul je... tp lately ni hujan, so xleh minum byk air.
nanti terawih asik ke toilet lak.
Quote RatuDunia94 21-5-2019 01:37 PM
NBM: aku rasa bulan puasa ni lagi stress nak fikir menu apa nak masak kalau dibandingkan dgn bulan biasa


Sbb bulan puasa kita dh set mindset bila berbuka je kita mesti nk makan yg sedap2. Pastu lauk kena bertumar hari2. Padahal kalau bulan lain makan apa pon x kisah sgt asal kenyang. Pasatu hari2 biasa lauk setiap hari sama pon xpe.
Quote iznanaziz 21-5-2019 01:52 PM
EvieWanKenobi replied at 21-5-2019 10:36 AM
no. 4.. kalau boleh nak penuh meja..

mcm iya2 kan kucing tu baca, dengan letak air liur kat jari dia (cara nak selak kertas)
Quote iznanaziz 21-5-2019 01:54 PM
june-july replied at 21-5-2019 11:47 AM
No. 3 ngan no. 6 cam betul je... tp lately ni hujan, so xleh minum byk air.
nanti terawih asik ke t ...

lps tu tak boleh minum air milo, nanti solat, ngantuk
Quote nono86 21-5-2019 08:28 PM
NBM: aku rasa bulan puasa ni lagi stress nak fikir menu apa nak masak kalau dibandingkan dgn bulan biasa

Betullllllllllllllllllll
Quote buapakperut 22-5-2019 07:53 AM
bulan posa la malas nak gi bazar, panas eh... balik umah badan jadi dehydrated dan lesu sangat. pikir air air air je...last2 kenyang teguk air. makan pun tak sebab dah kenyang air + tak larat lagi nak makan
Quote moonbug 22-5-2019 11:07 AM
No 4. Plan siap-siap nak masak apa untuk 2-3 hari sebab senang stock up groceries sekali jalan je
Quote moonbug 22-5-2019 11:08 AM
dewi_rina replied at 21-5-2019 11:30 AM
No 2 tu paling dinanti-nanti ye
Seminit pun tak boleh lambat
Lambat seminit boleh mati

Over nauuu
Quote nononcrux 22-5-2019 11:34 AM
no 5 tu semua nak.. haha
Quote dewi_rina 23-5-2019 07:25 AM

Drama gila kan
Quote Artemesiaa 23-5-2019 04:58 PM
Nasib tak termasuk dalam golongan yang disenaraikan tu
Quote Mrmnj 25-5-2019 05:41 AM
No. 5... Rasa smua nak beli

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.053169 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top