???Anak itu darah daging saya. Ke mana saja dia pergi, darah saya tetap mengalir dalam tubuhnya.??? Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan yang sudah bercerai dengan Ain ???Afini Latif menegaskan dia tidak akan mengabaikan tanggungjawabnya terhadap bakal anak yang dijangka akan dilahirkan pada 10 Julai ini. Berkata kepada mStar Online, PU Abu berjanji akan mengutamakan segala keperluan dan kelengkapan diperlukan bayi berkenaan. "Saya sudah menyediakan kelengkapan untuk Afini dengan membeli barangan bayi, itu belum termasuk duit nafkah," ujarnya. Beliau turut menjelaskan tidak akan melepaskan tanggungjawab sebagai bapa terhadap anaknya nanti sehingga urusan perkahwinannya kelak. "Sehingga urusan berkahwin dia nanti pun dia akan perlukan saya," katanya.
Dalam masa sama, beliau mendedahkan hubungannya dengan Afini dan keluarga mentua dalam keadaan baik selain meminta jasa baik orang ramai untuk menghormati bekas isterinya itu kerana tidak mahu Afini bertambah tertekan. "Jika saya berjumpa dengan ayah Afini, kami berpeluk. Dengan Afini juga saya bersembang seperti biasa," jelasnya yang bercerai talak dua kerana sebelum ini mereka pernah bercerai dan rujuk semula. Baguslah kalau PU Abu memegang kata-katanya dan tidak akan sesekali melepaskan tanggungjawab sebagai seorang bapa sehingga saat bakal anaknya itu akan berkahwin kelak. - CARI
|
ADVERTISEMENT