Murid-murid sekolah rendah yang beragama Islam di Austria kini dilarang untuk memakai hijab atau tudung selepas satu akta baharu diluluskan di Parlimen negara berkenaan pada 15 Mei lalu. Memetik laporan Guardian pada 16 Mei, Ahli-ahli Parlimen dari gabungan parti pemerintah iaitu Parti Rakyat (OVP) dan Parti Kebebasan (FPO) menegaskan bahawa undang-undang itu menyasarkan hijab yang dipakai oleh wanita Islam. Jurucakakap FPO, Wendelin Molzer berkata, akta baharu itu bertujuan mengekang ideologi politik Islam manakala Ahli Parlimen dari OVP, Rudolf Taschner percaya langkah berkenaan adalah perlu untuk membebaskan golongan wanita muda daripada perhambaan. Walau bagaimanapun, kerajaan Austria memberi pengecualian bagi patka yang dipakai oleh kanak-kanak lelaki Sikh dan kippa yang digunakan oleh murid-murid Yahudi.
Sementara itu, pertubuhan rasmi komuniti Islam di Austria, IGGO menganggap undang-undang itu 'memalukan' dan 'serangan secara langsung terhadap kebebasan beragama untuk umat Islam di Australia'. IGGO turut menyatakan pihaknya akan mencabar undang-undang tersebut di mahkamah perlembagaan Australia. Seorang Ahli Parlimen pembangkang dari Parti Neos, Irmgard Griss juga membantah undang-undang berunsur diskriminasi itu kerana ia akan mendatangkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. "Tiada bukti yang menunjukkan kanak-kanak perempuan sukar belajar ketika memakai hijab," katanya. Nampaknya Austria pun sudah dilanda Islamofobia yang kronik sehingga menyebabkan negara itu menjadikan murid-murid perempuan yang beragama Islam sebagai mangsa diskriminasi. -CARI |
6
Bagus |
5
Marah |
7
Terkejut |
8
Sedih |
6
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
keds replied at 28-5-2019 02:22 PM
Ada sorang yg Aku kenal beriya pindah Australia , bangga habis walaupun kerja takdelah wow sangat .. ...
Beribear replied at 28-5-2019 03:46 PM
Dari haritu ternampak komen forumer ni. Rambut tu aurat perempuan jd wajib lah menutup rambut tu.. S ...
Asdan replied at 28-5-2019 12:06 PM
tanya sikit harap jangan marah, ada ke dalil yg jelas ada perkataan "rambut adalah aurat" ?
fushimi: kapirphobia takde keasik islamphobia je
Marsyal Yau replied at 28-5-2019 01:50 PM
dalam kes sebegini, kalau mereka rasa tertekan dan tertindas, boleh la apply berhijrah ke negara Isl ...
ADVERTISEMENT