CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan Guna WhatsApp Semasa Melintas Jalan Di New York, Anda Boleh Disaman!

21-5-2019 01:39 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 2809| Komen: 11|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Gambar hiasan. Kredit foto: Carian Google


Sekiranya anda berhasrat untuk mengunjungi New York City, Amerika Syarikat dalam masa beberapa bulan akan datang, pastikan anda tidak menggunakan aplikasi WhatsApp semasa melintas jalan raya.

Mungkin pada masa itu, pihak berkuasa di kota metropolitan tersebut akan menguatkuasakan undang-undang yang melarang penggunaan peranti seperti telefon pintar semasa melintas jalan raya dengan jumlah denda antara AS$25 hingga AS$250.

Rang undang-undang berkenaan telah dibentangkan dalam senat negeri New York baru-baru ini.

Namun, pengecualian diberikan kepada individu-individu tertentu seperti petugas unit kecemasan, kakitangan hospital atau anggota bomba. 


Difahamkan, kira-kira 300 pejalan kaki mati dalam kemalangan di sekitar New York setiap tahun tetapi tidak dapat dipastikan berapa ramai yang maut kerana cuai semasa melintas jalan.

Gambar hiasan. Kredit foto: ABC News

Senator John Liu yang membentangkan rang undang-undang berkenaan berazam untuk mengurangkan statistik tersebut.

"Ia tidak bermakna anda tidak boleh bercakap di telefon. Kita bercakap tentang peranti yang dipegang dengan tangan... anda boleh menunggu selama lima saat sehingga selesai menyeberang jalan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Transport Alternatives, Marco Conner membantah rang undang-undang berkenaan kerana ia tidak disokong oleh bukti yang kukuh.

"Kebanyakan nahas jalan raya di seluruh negara melibatkan pemandu kenderaan. Rang undang-undang ini menuding jari terhadap mangsa," jelasnya.

Setiap pengguna jalan raya sama ada pemandu kenderaan, penunggang basikal atau pejalan kaki sepatutnya peka dengan keadaan di sekeliling bagi mengelakkan mereka terlibat dalam kemalangan yang boleh meragut nyawa. -CARI
3

Bagus

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 21-5-2019 01:56 PM
baguslah tu
aku merengsa tgk org berjahit henfon kat tangan.time nk melintas pun nk ig story.cth mcm alia ishak kawan vivik tu
ms nk lintas jln pun sempat lg record n nina semail sabri siap jerit lg kat across the road suruh cepat sket
Quote Mina2215 21-5-2019 02:24 PM
Setakat lintas jalan beberapa saat tu takyah la nak belek fone jugak.

Alert sikit dengan persekitaran demi keselamatan diri or at least tak la menyusahkan orang sekitar
Quote nononcrux 21-5-2019 03:02 PM
sosial lbh penting dari nyawa
Quote palmolive 21-5-2019 03:04 PM
patut Khalid Samad amik inisiatif ni apply kat KL..
apa cerdik benor lintas jalan tak tengok kiri kanan sambil duk belek phone..
dah la kereta laju2
Quote Simunggu 21-5-2019 03:05 PM
org malaysia lagi hebat..pandu kereta pun update FB, whatsapp
Quote zorrro_03 21-5-2019 04:49 PM
cmf_premierleag replied at 21-5-2019 01:56 PM
baguslah tu
aku merengsa tgk org berjahit henfon kat tangan.time nk melintas pun nk ig story.cth mc ...

hadap artis nya kau nyah...  

Quote ChildrenOfBodom 22-5-2019 12:49 PM
aku tgk ada sekoq malaun betina haritu tgh melangkah divider nk lintas jalan pon dok belek hp, dlm hati aku harap mampus kena langgar lori hancur isi perut bersepai otak.. so sick of this abhorred behavior
Quote najib888 22-5-2019 03:45 PM
Tajuk misleading betui.. ape kejadahnya Whatsapp? Tulis je la kena saman jika guna fon
Quote paanz 23-5-2019 10:03 AM
patut rule ni apply kat train lrt jugak.
orang ramai beratur nk masuk train, ade jgk manusia yg sibuk nk whatsapp, nk tgk video kat phone bagai.

masuk la dulu lrt dulu hahaha.
Quote Ali_x 26-5-2019 06:37 PM
{:cryrun{:cryrun
Quote Ina8895 10-7-2019 02:46 AM
Kalau kena ragut dah satu hal

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.038244 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top