CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sembur Penarik Kereta Dengan Ubat Nyamuk, Acik Honda 'Play Victim' Atau Penarik Tak Ikut SOP?

21-5-2019 09:56 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 8877| Komen: 37|Original author: Oleh: intan

Kecoh seketika di media sosial apabila tular sebuah video menunjukkan seorang wanita berang kerana keretanya terpaksa ditarik.



Namun yang menjadi kekecohan apabila kelakuan yang agak 'melampau' telah berjaya dirakam apabila wanita tersebut bertindak menyembur ubat nyamuk terhadap ejen penarik kereta. 

Rakaman berdurasi 30 saat itu memperlihatkan seorang lelaki berkopiah putih yang sedang bergelut dengan wanita tersebut di bahagian tempat duduk pemandu kenderaan Honda City tersebut.



Menurut perkongsian video oleh saudara Benjamin di Facebook, terdapat dua orang ejen penarik kereta yang ditugaskan untuk 'menarik' kereta kerana kegagalan wanita tersebut melunaskan hutang kenderaan. 

Namun, disebabkan kedegilan empunya kenderaan, ejen tersebut terpaksa mengambil tindakan tegas.



Setelah bergelut selama beberapa minit, wanita tersebut bertindak menyembur ubat nyamuk kepada ejen tersebut lalu melarikan diri bersama kenderaannya.
Difahamkan, kereta tersebut telah menanggung hutang selama lima bulan, di mana kali terakhir pembayaran bulanan dibuat pada bulan Februari lalu.



Netizen yang melihat video tersebut rata-rata mengecam tindakan wanita tersebut yang dilihat tidak bertanggungjawab kerana tidak mahu membayar hutang dan melarikan diri. Ada juga yang mengkritik tindakan ejen penarik kereta tersebut yang sepatutnya mengikut SOP dan tidak melakukan perkara berbahaya.




Jangan 'play victim'



Nak tarik kereta kena ada prosedur!


Macam-macam hal, mungkin ada cerita di sebalik perkara tersebut yang kita tidak tahu. Tambahan pula raya yang semakin menjelma ini. Apa pendapat anda? Patut atau tidak wanita tersebut berkelakuan sedemikian? - CARI



Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Megikari 21-5-2019 10:41 AM
Aku saspek yg kecam penarik kereta x ikut sop bagai tu ialah golongan yg selalu sangkut bayar duit loan kereta {:laugh
Quote kaklong32 21-5-2019 10:47 AM
lol malunyaaa tak pasal2 viral
Quote cikatilia 21-5-2019 10:56 AM
kelakar gila
dia jerit perogol tu

selera plak org nak rogol ko siang2 tgh org ramai tuh di bulan Ramadhan

Quote ChildrenOfBodom 21-5-2019 10:57 AM
bish huduh camtu ada ka org selera nk rogol..perasan betui
Quote tagas 21-5-2019 11:03 AM
dah 3 tahun hutang keta setel

hari2 dpt mkn sedap tanpa bercatu

free cuti dpt gi vacation

shopin bagai

tp kadang2 terliur jgk tgk mcm2 keta baru kluar

tahan jelar
Quote NBM 21-5-2019 11:08 AM
Megikari replied at 21-5-2019 10:41 AM
Aku saspek yg kecam penarik kereta x ikut sop bagai tu ialah golongan yg selalu sangkut bayar duit l ...

betul la tu
Quote NBM 21-5-2019 11:09 AM
tak mampu buat la cara tak mampu, pakai je la kete yg setaraf dgn kemampuan. ni dah mcm pmpuan gila aku tengok disebabkan sayang kete mahal dia hahahaha, kan dah satu malaya nampak dik oii. Gi masuk bawah meja dik, malu weh
Quote OrkedCattleya 21-5-2019 11:21 AM
Adoi la...macam ni pun ada
Quote cikatilia 21-5-2019 11:25 AM
NBM replied at 21-5-2019 11:09 AM
tak mampu buat la cara tak mampu, pakai je la kete yg setaraf dgn kemampuan. ni dah mcm pmpuan gila  ...

jenis yg jijik kot tgk keta murah or lama
axia? ewww
iriz? ewwww
honda 10 tahun? ewww



Quote leylapple 21-5-2019 11:29 AM
loh....

dah ikat perjanjian dgn bank tu bayar jer lah ikut bulan2...nie pun agak ok bank bagi muka sampai 5 bulan tak bayar keta...

len kali ko buat rumah dalam keta jer dik....
Quote annehuda 21-5-2019 12:22 PM
makcik ni buat laporan polis
pastu claim keter tu bkn sheols punye
sheols cuma nak melindungi keter tu je dr ditarik

hahhaha poyo la ko makcik
skrang 1 malaysia tau ko hutang tak reti bayar
Quote hyie 21-5-2019 01:14 PM
so apa kesudahannya? iols berharap sangat ending cerita ni, acik kepam tu yang salah dan seterusnya kereta sheols ditarik on the spot...voleyyyyyyyyyy
Quote rosli_nurizzati 21-5-2019 01:36 PM
yang tak best, nampak ada budak kecik kat sebelah tu.. adoii.. pandai pakai pandai bayaq la kak.. kesian kat budak kena tgk adegan drama
.. viral pulak tu
Quote palmolive 21-5-2019 02:01 PM
makcik, lain kali tukar la no plet tak nak kena tarik
Quote MadameOnion 21-5-2019 02:07 PM
kepamnya sheols..nampak sgt sejenis pprt acah2 kaya
Quote Miss.Rara 21-5-2019 03:37 PM
pestime aku tgk bideo ni aku dgr dia jerit sebut PERAGUT..

bila baca komen ramai kata dia sebut perogol...



Quote nononcrux 21-5-2019 03:57 PM
Kalau pakai  kereta mewah  Tapi tunggak 5 bulan
amboi amboi amboi..
Quote matchstick 21-5-2019 05:36 PM
Perhatian kpd semua Bank, kalau ada pompuan ni apply loan in the future pandai2lah korang refer video tu sbg rujukan
Quote Zazashar 21-5-2019 06:33 PM
Biar papa asal bgaya

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.288367 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top