Pelakon Ruhainies semakin berani berkongsikan hubungan cinta dengan kekasih di laman instagram. Namun, sehingga kini dia masih tidak mendedahkan wajah lelaki itu. Ruhainies mendedahkan dia tidak mahu lelaki itu menjadi mangsa kecaman netizen. Lagipun mereka masih belum ada apa-apa ikatan yang sah sehingga ke hari ini.
"Saya ada sebab sendiri sehingga terpaksa menutup mukanya di Instagram. Dia faham alasan saya berbuat demikian. "Rasanya, lebih baik saya tutup muka supaya tiada "mulut-mulut jahat" menyerang atau bercakap buruk mengenai dirinya kerana tidak tahu siapa dia.
"Andai si dia sudah sah menjadi suami, saya tidak boleh berbuat apa-apa kalau orang masih mahu bercakap buruk mengenai dirinya," katanya kepada BH Online. Selain itu, Ruhainies juga mendedahkan yang dia tidak akan berkahwin selagi kakaknya, Risteena Munim belum berkahwin. "Buat masa ini, kami belum ada rancangan mendirikan rumah tangga walaupun serius dalam perhubungan ini. Kakak pernah cakap dia tak kisah kalau saya berkahwin dulu. Tetapi saya ingat pesan emak jangan "langkah bendul," katanya kepada BH Online. Apa pun semoga hubungan yang dibina kekal hingga ke jinjang pelamin. - CARI |
Kurex replied at 21-5-2019 03:00 PM
Koser la aku dgn pelakon gred d ni
namieamuro: penting sgt ke nak terangkan reason dok sorok muke bf? serupe mia ahmad dh berkali2 nk kene remind netizen kenape dan mengapa berkali2
Peaches113 replied at 21-5-2019 11:02 AM
Si boiren ni memang sokmo berkot bagai ek? Takde pakai tshirt bodo & kemeja? Sorry tak pernah stalk ...
buapakperut replied at 21-5-2019 07:14 PM
rupa pun tak seberapa ..kena la pakai kot aje, kalau pakai tshirt dah macam adik zara zya dalam ce ...
ADVERTISEMENT