CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tragedi Ramadan, Anak 3 Tahun Putus Jari Tersepit Mesin Pengisar

21-5-2019 01:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2676| Komen: 11

Padah meninggalkan anak kecil bersendirian, kanak-kanak warga Indonesia parah dan putus jari telunjuk selepas tangan kirinya tersepit dalam mesin pengisar pelbagai guna.


Kredit foto: Sinar Harian


Sinar Harian melaporkan, kejadian berlaku di sebuah premis di Lorong Kamali, Kampung Delek Kanan, Klang, jam 9 pagi semalam.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang, Samsol Maarif Saibani mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.09 pagi sebelum mengerahkan enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Raja ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba 10 minit kemudian, anggota mendapati tangan mangsa, Muhammad Farhan Azman, 3, tersepit hingga paras lengan dalam mesin berkenaan.

Selepas 30 minit memotong mesin itu dengan alat khas, anggota berjaya mengeluarkan tangan mangsa yang parah termasuk putus jari telunjuk.


Mangsa dilaporkan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk mendapatkan rawatan.

Difahamkan, ketika kejadian ibu mangsa mengisar ubi kentang untuk membuat kuih-muih yang akan dijual di bazar Ramadan pada sebelah petang sebelum meninggalkan mesin berkenaan yang masih beroperasi.

Malangnya, kanak-kanak terbabit kemudian memasukkan tangan kirinya ke dalam mesin berkenaan dan kejadian disedari ibu mangsa selepas mendengar jeritan anaknya itu. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mina2215 21-5-2019 01:14 PM
Tak sampai hati nak baca sampai detail...
Quote gujiwa 21-5-2019 01:26 PM
adoiiii.. umur mcm tu mmg tgh explore.. moga cepat sembuh sayang..
Quote Nana_Man 21-5-2019 01:44 PM
Umur tgh curious... kene pantau jer...
Quote mamarock 21-5-2019 01:46 PM
Cuainya si emak
Quote nononcrux 21-5-2019 02:06 PM
kecuaian , kesian ank cacat fizikal sudah
Quote haryatie 21-5-2019 02:20 PM
Ya Allah..siannya
cuai nya mak
Quote manehnya 21-5-2019 02:58 PM
sory la sbb anak indon, aku cakap padan muka mak dia
Quote EvieWanKenobi 21-5-2019 02:59 PM
sedihnya.. dalam sekelip mata je..
Quote gaara_X 21-5-2019 03:24 PM
ibu yang cuai....nak pi wat benda lain...tutup laa mesin tu....
Quote raxief 23-5-2019 11:43 AM
kampung pakcik aku ni.. sini mmg ramai betul indon
Quote kakakau 23-5-2019 12:45 PM
kueh by indons hmmm. ptut la my husband kalau nak beli kueh dia akan make sure bukan indon

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.045892 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top