CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Sampai Berlonggok Makanan Tu" - Maya Karin Tegur Penderma 'Membazir' Derma

23-5-2019 11:01 AM| Diterbitkan: truthe911| Dilihat: 11543| Komen: 63|Original author: Oleh: Cari-Azlin

Kredit foto: worldyouthjazzfest.com

Marah benar nampaknya aktres manis Maya Karin dalam satu pos Instagram terbaru. Beliau menegur gerakan sumbang makan sempena Ramadan yang ternyata meleset dari tujuan sebenar misi dan maksud Ramadan sendiri. Misi seperti ini sepatutnya bertujuan meringankan beban mereka yang kurang berkemampun seperti golongan gelandangan. 

Namun, dek kerana tiada kordinasi yang berkesan, akibatnya terlalu ramai penderma dan terlalu banyak makanan berbaki terpaksa dibuang begitu sahaja. Natijahnya, pemandangan makanan terbuang berbukit yang pasti mengundang kemarahan sesiapa yang memandang.


"This is just such a waste!! Cooks wasted their time, donors waster their money, the carbon emissions you grow the food then send the food from farm to the kitchen to homeless completely unnecessary, precious food wasted, more plastic on earth for no reason at all!! More animals will die and we all will eat more micro-plastics. Salam Ramadhan guys, MK"


Selain pembaziran makanan, Maya turut kesal akan pelbagai jenis pembaziran yang berlaku sepanjang proses menyediakan makanan berkenaan. Pesanan akhir beliau tentang pembaziran plastik yang boleh memudaratkan bumi sememangnya konsisten dengan pendirian beliau yang sangat mementingkan kesejahteraan alam.


Status ini merupakan respon kepada pos aktivis, Syed Azmi di Facebook berkenaan isu yang sama beberapa ketika sebelum itu. 





Ramai pengikut Instagram Maya bersetuju dengan pendapat beliau. Ada yang berkongsi pengalaman sendiri berhadapan dengan masalah yang sama.




Tidak kurang juga netizen yang terasa dengan luahan "bodoh" dan "bengap" pada akhir status aktres ini. Namun kita harus fokus kepada isu yang lebih besar. Kurang-kurangkanlah berhati tisu jika kita mahu berubah sempena Ramadan yang mulia ini. - CARI 
4

Bagus
5

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
5

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 23-5-2019 11:06 AM
bila masing-masing berlumba nak buat kebajikan buat bekalan kat akhirat..
part bagi orang dia nampak pahala dapat..
part membazir dia tak nampak dosa tersirat..
Quote chicozinn 23-5-2019 11:08 AM
tapi memang btol, netizen pkir nk derma makanan sbab bnda alah tu kn nnti jadi darah daging org yg mkan..end up membazir..hmmm
Quote violetungu 23-5-2019 11:14 AM
dari membuang mcm tu baikla pikir ke arah lain nk cari pahala pun..cb pergi ke tempat2 yg memerlukan mknn mcm pasar rmdhn ka,masjid ka tentu2 xbuang mknnn tu.
Quote shernazz 23-5-2019 11:24 AM
Patut pi.la kerjasama dgn ngo tu haa
Atau pi kolej kolej bg makanan kat sana
Kita xtau sapa sapa yang memerlukan..
Ada je yang minum kafe hipster..hakikatnya duit tinggal rm10 je...
Ada juga yang berbuka makan megi je..sebab duit yang ada utk tambang pegi balik koje...
Quote AbukRokok 23-5-2019 11:42 AM
samalah mcm zakat
konon2 nak bayar terus ke asnaf

mcmnilah jadinya nti  juga
Quote singajantan 23-5-2019 11:48 AM
violetungu replied at 23-5-2019 11:14 AM
dari membuang mcm tu baikla pikir ke arah lain nk cari pahala pun..cb pergi ke tempat2 yg memerlukan ...

baik hantar makanan tu untuk budak univ ker poli ker berbuka

gerenti habis nya
Quote electricopop 23-5-2019 11:51 AM
Best work with NGOs la on this. They would know better. Time bulan puasa semua berebut nak kasi makan, bulan lain senyap lak...
Quote kibodwatriuh 23-5-2019 11:56 AM
Edited by kibodwatriuh at 23-5-2019 11:58 AM

kihkihkihkih "aku kayoooo, aku rajin menderma, tengoklah aku, rajin buat amal jariah. dengan menderma banyak gini, terhapuslah dosa-dosa yang bakalku recycle selepas ini.
Tuhan, lihatlah segala amalanku ini, kurniakanlah lebih banyak kekayaan padaku, niscaya akan kuderma lagi dan lagi."

mentaliti bersawang ummah melayu malaysia.
Quote Sham143 23-5-2019 11:58 AM
Setuju sangat dgn MK..Bersedekah tu bagus tapi jangan sampai membazir begini..
Quote Kurex 23-5-2019 12:03 PM
Gelandangan ni kaya sebenarnya. Cuma pemalas je
Quote RatuDunia94 23-5-2019 12:40 PM
Knp bulan ramadan je? Bulan2 lain pon lg bagus..
Quote MentariSenja 23-5-2019 01:03 PM
Edited by MentariSenja at 23-5-2019 01:07 PM
prettyuglybabe replied at 23-5-2019 11:06 AM
bila masing-masing berlumba nak buat kebajikan buat bekalan kat akhirat..
part bagi orang dia nampa ...


Terbaik komen chuols...samalah macam derma untuk masjid juga. Semua org berlumba2 untuk derma ke masjid. Ada sesetengah masjid punya lah mewah, carpet saban tahun ditukar (walaupun tiada keperluan utk berbuat demikian).  Tapi cuba mintak derma untuk sekolah, yuran pibg pun orang kita berkira atau liat nak bayar. Sebab bagi mereka, derma kat masjid dapat lagi byk pahala. Pernah seorang pendakwah berkata (lupa dah nama dia), nak derma, kena ikut keperluan kumpulan sasaran, bukan sebab kita 'tamak pahala'. Btw, KUDOS to maya karin...I like your thinking maya. Kita serupa
Quote SweetShera 23-5-2019 01:06 PM
i setuju klu g derma kat student2 asrama atau univ...setengah tu struggle jugak nk makan ..tapi klu dpt duit pinjamam g beli duck tak payah lah derma
Quote imanda 23-5-2019 02:21 PM
yg derma sedekah konon amal jariah ni cubalah kretip sikit.
ramei2 gotong-royong kemaskan umah org miskin yg pemalas sambil p ceramah kat depa jgn malas kemas umah biak nyamuk n virus, pastu siapkan mkn minum org yg gotong-royong tu.
umah nk raya atleast kemas n semenggah la sikit n yg tukang kemas pon dpt mkn minum+pahala skali.
gelandangan kl nun bkn xcukup mkn, depa cuma xde tmpt tgal je.
Quote lalasahaja 23-5-2019 05:40 PM
Patut maya share NGO yg berkenaan
Quote ReginaGeorge 23-5-2019 05:45 PM
Bah...lol sebahlol bahlolnya.
Quote ayorsuam 23-5-2019 07:05 PM
Aku penah join 1 inisiatif camni..dah jadi mcm pesta makanan, siap lori aiskrim, lori laksa dtg. Org yg datang ambik tak ramai mana. Makanan plak jenis bermasak yg tak bleh nak disimpan lama. Tak tau la berapa bnyk yg end up dlm tong sampah.
Ada sesapa yg ada experience utk initiatif camni? Apa best item utk bagi pada homeless?
Quote MentariSenja 23-5-2019 08:59 PM
Edited by MentariSenja at 23-5-2019 09:02 PM
ayorsuam replied at 23-5-2019 07:05 PM
Aku penah join 1 inisiatif camni..dah jadi mcm pesta makanan, siap lori aiskrim, lori laksa dtg. Org ...


For the homeless sis, individu atau ngo kena ada koordinasi. If they can meet, boleh bincang and take turn utk distribute food bagi elak pembaziran. What they need the most ialah pekerjaan dan tempat tinggal yg selesa. Ada badan ngo yg ambil tindakan proaktif dgn carikan pekerjaan utk mereka tapi maaf cakap, org dah biasa jadi gelandangan ni, bila bekerja tiada disiplin. So take time dan kena byk sabar dgn diorang ni. Dan yg paling memerlukan perhatian kita ialah anak2 yg ada bersama mereka. Mereka ini perlu bersekolah. Setakat ni sekolah bimbingan jalinan kasih byk mengambil kanak2 jalanan ni. Mereka ditempatkan di rumah kebajikan terpilih dan bersekolah disiang hari. Sekurang2 mereka boleh master 3 M...membaca, menulis dan mengira. Bagi golongan professional spt doktor contohnya, sudah ada antara mereka yg menawarkan khidmat nasihat kesihatan secara percuma. Dan sudah tiba masa juga, agamawan kita turun padang utk menyantuni golongan seperti ini...macam ustaz ebit liew buat tu..we need more ustaz like him...ngo Yayasan Chow Kit byk buat program ngan gelandangan ni. They should know better, apa item yg gelandangan ni perlukan. Cuba contact mereka ya
Quote violetungu 23-5-2019 10:21 PM
singajantan replied at 23-5-2019 11:48 AM
baik hantar makanan tu untuk budak univ ker poli ker berbuka

gerenti habis nya

yaaa betul mcm tu la yg i pikirkan..

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.054440 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top