CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

"Memang Kalau Bab Ni Susah Nak Tahan" - Nak Kurangkan Dahaga Semasa Puasa, Ikuti Tips Ini..

24-5-2019 04:34 PM| Diterbitkan: m.manis| Dilihat: 2783| Komen: 11|Original author: Oleh: M. Manis

Kita boleh menahan lapar selama berbelas jam, tetapi untuk menahan dahaga adalah sesuatu yang cukup sukar dilakukan. Kurangnya pengambilan air menyebabkan tubuh badan kita tidak dapat berfungsi dengan baik dan kekurangan oksigen yang disalurkan ke otak.

Namun, pada bulan Ramadan kekurangan air dan dihidrasi adalah sesuatu yang sering berlaku dalam masyarakat terutamanya kepada mereka yang sudah terbiasa mengamalkan pengambilan air secukupnya. Disebabkan itu, ramai jugalah yang menjadi lemau dan tidak aktif dengan alasan risau jika rasa dahaga menyerang. 

Sebenarnya, ada tip tau untuk kurangkan rasa dahaga semasa berpuasa. Nak tahu apa dia? Jom teruskan membaca.

Foto Carian internet


1. Banyakkan makan buah-buahan


Cara ini sangat mudah untuk mereka yang merasakan adalah sukar untuk mengambil kuantiti air yang banyak dalam satu masa. Apa kata tukarkan kepada buah-buahan yang tinggi peratusan airnya seperti tembikai, timun dan anggur semasa berbuka dan bersahur. Kalau rasa tidak lalu, anda boleh mengisar buahan tersebut untuk dijadikan jus. 

Pengambilan buah-buahan bukan sahaja baik untuk kesihatan kulit tetapi memberikan tenaga kerana kaya dengan kandungan vitamin dan serat. Apabila anda amalkan pemakanan ini, pastinya anda akan rasai kelainan. Tak percaya? Cubalah.




2. Minum air semasa imsak

Jika anda adalah jenis yang bangun sahur pada waktu awal pagi, amalkan minum air semasa menjelangnya waktu imsak. Ini adalah penting supaya badan dapat menyimpan air dalam jangka masa yang lama. Tinggalkan minuman bergula dan berkafein sepanjang Ramadan kerana dua minuman tersebut boleh menyebabkan anda mengeluarkan air dari badan melalui saluran kencing.

Pastikan minum walupun segelas.

3. Yogurt

Selain daripada makan begitu sahaja, anda juga boleh memvariasikan makan yogurt dengan cara menjadikan ia sebagai dressing kepada salad, menjadikannya sebagai minuman dan dimakan bersama buah-buahan segar. Variasi penting supaya anda tidak merasa bosan dengan pemakanan yogurt yang sama. 

Bagaimana pun cara anda makan yogurt, khasiatnya tetap sama. Kalau anda nak tahu, makan yogurt juga mampu mengatasi masalah nafas berbau. Bulan Ramadan inilah ramai yang alami masalah ini kan? Apa kata makan yogurt? Selesai masalah anda.


Foto Carian internet


Mudah sahaja tip ini. Kalau anda ikut dengan betul, anda bukan sahaja boleh menahan rasa lapar tetapi rasa dahaga walaupun aktif melakukan aktiviti seharian. Dah besar, takkan masih tak mampu tahan kot. 

Selamat mencuba! - CARI 


Sumber: MStar 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 24-5-2019 04:44 PM
Memang selalu amalkan yang no 2 tu
Quote mrscolour 24-5-2019 04:52 PM
No 2 n 3
Quote sufi^_^ 24-5-2019 04:57 PM
Yogurt tu belum cuba.
Quote munchkin 24-5-2019 04:59 PM
Bolehlah cuba. Tapi korang kalau minum air berdikit dikit sampai ke imsak insyaAllah tak dahaga  
Quote EvieWanKenobi 24-5-2019 05:09 PM
tq tt share tips..
Quote RatuDunia94 25-5-2019 01:12 PM
Tips iols.. elakkan minum air manis sejuk2 semasa berbuka.. lebihkan minum air kosong je..
Quote Foxey 25-5-2019 02:56 PM
Boleh cuba yoghurt tu. Biasa memang buat no. 2 je, no. 1 kadang2.
Quote rje 25-5-2019 04:27 PM
No 1 dgn 2 tu ada buat.  Berkesan.
Quote salmon-suki 26-5-2019 11:15 PM
Ohhh..really?yogurt?minum air time sahur tu satu kemestian..tp aiolzs akan kerap nak buang air laa..

Y mkn buah tu not really sbb time buka puasa mmg aiolzs cari air dlu..tp puasa kali ni takde laa rasa dahaga sgt,aiolzs lebih kpd rasa ngntok je..hihi
Quote lee_sakura 27-5-2019 01:39 AM
aku mmg minum air je time sahur, makan apa pon xlalu nk telan
Quote SayaSayangMama 27-5-2019 02:28 AM
Kurangkan makanan tinggi garam waktu sahur tu

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.036077 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top