Makin pelik orang Malaysia ini. Anda pun pasti akan merasa pelik selepas membaca kisah ini. Seorang remaja berusia 16 tahun terpaksa mendapatkan bantuan bomba apabila kemaluannya tersepit dan tersekat di dalam lubang paip besi selama lebih kurang sejam.
Kejadian ini dikatakan berlaku di Tangkak, Johor. Menurut Sinar Harian, paip besi sepanjang enam inci dan berdiameter 5 milimeter itu sudah lama tidak digunakan. Ketua operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II Seniman Idris menyatakan, dalam kejadian lebih kurang jam 10 malam kelmarin, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan terus bergegas ke kediaman mangsa. Walaupun pihak berbomba berjaya memotong besi berkenaan, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan, lantas kes itu terpaksa dirujuk ke hospital. Kes ini berjaya diselesaikan setelah mangsa dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk mengeluarkan paip besi itu. Alat sulit mangsa dikatakan bengkak dan mempunyai luka kecil akibat daripada insiden tersebut. Netizen pantang betul kalau dapat kisah yang boleh 'dibawa membawang' ini. Macam-macam komen netizen tentang insiden ini. |
Kurex replied at 23-5-2019 10:20 AM
Kulup tebal rasanya.. Tambah pulak cheese yg jarang basuh tu
buragazz replied at 23-5-2019 12:26 PM
Euww... ko pun.. hilang selera aku...
Kurex replied at 23-5-2019 10:20 AM
Kulup tebal rasanya.. Tambah pulak cheese yg jarang basuh tu
ADVERTISEMENT