"Saya maafkan orang yang cakap saya bodoh tu." Itu luahan seorang ibu apabila gambar anak yang dikongsikan di Group Ibu Hamil mendapat kecaman ramai warganet. Gelagat anaknya yang memanjat kabinet dapur hingga masuk ke singki disifatkan sangat merbahaya. Malahan tindakan ibu yang dikenali sebagai Amira membiarkan anaknya memanjat serta sempat merakamkan situasi tersebut didakwa cuai serta mungkin menyebabkan anaknya tercedera. Akhirnya si ibu menjelaskan yang anaknya memang kerap melakukan perbuatan tersebut tetapi tidak lah sampai masuk ke dalam singki. Namun malam tersebut anaknya berjaya melakukannya. Teguran warganet bahawa dia mengabaikan keselamatan anaknya diterima namun menuduh dia sebagai ibu yang bodoh, sangat melukakan. Ini kerana dia sekadar mahu berkongsi ragam anak-anak tanpa mengabaikan ciri-ciri keselamatan di dapur.
Ramai
ibu-ibu bertindak menyabarkan Amira lalu menyifatkan mereka yang
berkata "ibu yang bodoh" itu pintar sangat ke? Malahan ramai ibu yang berkata budak yang buas adalah kanak-kanak yang berani bertindak di luar kotak. Jika ada halangan atau menyekat kemahuan mereka, ia akan membuatkan kanak-kanak tersebut tersekat mindanya. Malahan mereka turut
berkongsi momen kenakalan anak-anak mereka di ruangan komen. Kesemua aksi diatas mungkin dilihat berbahaya oleh orang luar, namun para ibu sendiri menyatakan yang mereka menjaga keselamatan anak masing-masing serta sudah membuat persiapan supaya tidak tercedera. "Memang pun.. netizen ni kecoh gila. Suka hatila kita nak post dan buat caption ape pun. Kita nak share. Tapi di soundnya. Macam la orang lain tak pernah buat sesuatu yang lagi melampau. Tertusuk betul jiwa raga. Ikutkan hati nak je delete komen orang yang sound tu bagi nampak bersih sikit post kita. Nasihatkan orang tapi mengguris hati orang." Jadi, bagaimana? Adakah aksi ini berbahaya atau kita sahaja yang paranoid? - CARI |
annehuda replied at 23-5-2019 02:22 PM
Mmg bodoh pun. Smpt lg snap masuk fb sbb lapar like. Kot masa si ibu tu tgh gigih menaip, baby jatu ...
paz replied at 23-5-2019 02:31 PM
Makcik stop think and act. bukan stop, snap and post.
dperla replied at 23-5-2019 02:28 PM
tunggu la anak awak buat benda2 macam ni....baru awak tau awak tu bodoh ke x....
ADVERTISEMENT