CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Perlukan Awak Maafkan Saya" - Isteri Ammar Alfian Dedah Bukti Perbualan WhatsApp

23-5-2019 03:25 PM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 26915| Komen: 98|Original author: Oleh: Top5

Beberapa hari lepas, isteri kepada pelakon Ammar Alfian mendedahkan suaminya curang ketika dia sedang hamil 6 bulan. Namun, tuduhan itu dinafikan oleh Ammar Alfian dan memilih untuk berdiamkan diri. 



Ammar juga memberitahu media yang kenyataan isterinya itu hanyalah tuduhan palsu yang direka-reka.


Foto: OB

"Saya memilih untuk berdiam diri kerana anda tidak layak mengetahui kebenaran yang anda tidak akan pernah tahu. Untuk pengetahuan, isteri saya sudah memohon maaf atas setiap kenyataan yang dikeluarkan," katanya kepada mStar.


Dia juga memberitahu, Nelissa Nezam sudah mengakui kesilapannya kerana memuat naik kenyataan seperti itu di Instagramnya. Malah Ammar juga telah memaafkan isterinya dan orang luar yang menfitnah.

Pun begitu, Tampil membeli diri, Nelissa Nezam mendedahkan kesemua mesej Whatsapp perbualan bersama suaminya.


"Saya takkan berdiam diri sementara penipu itu cuba untuk memanipulasi keadaan dengan menjadikan saya seperti penipu.

"Saya memohon maaf atas tindakan saya yang kurang rasional kerana mengutamakan bayi dalam kandungan dan kasihankan kamu.

"Semua yang saya katakan sebelum ini bukan fitnah.

"Saya tak perlukan kamu untuk memaafkan saya. Kamu seharusnya bimbang bagaimana untuk memaafkan diri sendiri.

Foto: Gempak
Foto Gempak
Foto: Gempak

Nampaknya tahun 2019 ini adalah tahun yang terburuk buat para pasangan artis di Malaysia. - CARI
4

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamaneesa 23-5-2019 03:30 PM
bukti whatsapp tu mana?
Quote ninjago 23-5-2019 03:33 PM
sejenis laki yg tak bertanggungjawab. dahla tak admit his wrongdoing, pastu dia buatkan bini dia yg nampak buruk, tak kisah langsung nak jaga hati bni yg tgh mengandungkn anak dia..

kesian kt his wife. i hope she finds a better life without him lepas nie.
Quote makita 23-5-2019 03:41 PM
Eh skrg mmg trend gado laki bini kene tunjuk bukti kt socmed kah?
Diam2 gado, diam2 cerai dah la.
Nak luah kan, pi cari kaunselor kt jab agama, lagi ada input camner nk settle kan masalah.
Lg satu yang minah ni kutip jantan yg rekod tah pape tu apahal. Ingat bila da dpt kwen ko leh ubah perangai laki?
Atau laki bila da dpt ko, tetiba rasa mcm nak ubah perangai sbb menghargai dpt hidup dgn ko? What u see is what u get lah.
Quote laksmanabentan 23-5-2019 03:41 PM

kan.... up la sikit...
Quote dua_chzy 23-5-2019 03:46 PM
Jantan ni memang jahat.

Bukti dia jahat adalah hapa dia buat dengan wife Syamsul tu.

Hati jantan ni memang hitam berkeladak. Spisis male bitch sangat. Curang2 Alif Aziz, Alif tak pernah burukkan tino2 dalam hidup sheols.
Quote akuMNdia 23-5-2019 03:50 PM
baru sat tadi baca paper online kata si ammar ni dah ngaku dia mmg curang.
Quote akuMNdia 23-5-2019 03:52 PM
'Ya, saya curang'


PELAKON filem Paskal, Ammar Alfian akhirnya mengaku dia berlaku curang seperti didakwa isterinya, Nelissa Nezam di Instagram, Isnin lalu.

Ammar, 32, atau nama sebenarnya Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri berkata, dia sudah meminta maaf berkali-kali terhadap isterinya berhubung perkara itu.

“Saya tahu apa saya lakukan adalah salah. Saya sudah pun meminta maaf berkali-kali sebelum ini pada isteri saya. Tapi, ini hukuman yang saya dapat daripada dia. Saya reda dan terima kerana ini semua daripada Allah.

“Dalam bulan Ramadan ini, saya meminta maaf kepada semua. Saya berdosa dan percaya Allah akan memaafkan hambanya yang datang kepada-Nya,” katanya.

Dalam status yang dimuat naik di Instagram hari ini, Ammar berkata, fokusnya kini pada anak lelaki yang bakal dilahirkan selain ingin menyelamatkan perkahwinan yang dibina pada Mac 2016.

“Ini adalah kenyataan saya terakhir mengenai isu ini. Tolong hormati perkahwinan saya dan beri saya ruang untuk selamatkan perkahwinan saya.

“Saya harap perjalanan hidup lebih tenang dan dekat pada Allah selepas ini. Sesuatu yang berlaku ada hikmahnya,” katanya.

Dalam masa sama, Ammar enggan melayan sikap isterinya yang dianggap satu permainan kerana mendedahkan perkara itu kepada umum.

“Isteri saya yang memilih cara penyelesaian seperti ini. Harap dia berpuas hati selepas motif tercapai. Fokus saya adalah pada anak lelaki yang bakal lahir dan tiada perkara lain yang lebih penting. Saya sudah buat pilihan untuk berdiam diri dan selesaikan masalah ini antara saya dan isteri, tetapi dia mahu memalukan saya kepada khalayak ramai.

“Saya takkan ‘main’ permainan dia. Seperti mana saya beritahu sebelum ini, anda semua tidak boleh faham dan tak mahu dengar sebelah pihak saya. Jadi, buat apa saya jelaskan apa-apa. Cukup bagi saya, isteri, ibu bapa dan keluarga mentua yang tahu,” katanya.

Sementara itu, Nelissa ketika dihubungi berkata, dia tidak kisah dengan apa pun tindakan Ammar selepas ini.

Nelissa yang juga bekas penyampai berita di sebuah stesen televisyen berbayar berkata, buat masa sekarang dia tidak mahu diganggu kerana ingin memberi fokus kepada kehamilannya yang kini mencecah enam bulan.

Terdahulu, Nelissa mendedahkan perbualan WhatsApp dengan Ammar di Instagram Stories yang membuktikan pelakon itu berlaku curang terhadapnya.

Tindakan itu dibuat Nelissa selepas Ammar memuat naik status yang mendakwa isterinya itu menipu dan sudah meminta maaf atas ketelanjuran berkongsi di laman sosial.

“Jangan sesekali memutar belit permohonan maaf saya sehingga saya kelihatan seperti penipu. Saya memohon maaf kerana tidak bersikap rasional dan berbuat demikian kerana mengutamakan anak dalam kandungan, selain kasihankan dia,” katanya.

Dalam hantaran perbualan yang dikongsi, Ammar dikatakan memohon maaf kerana tidak berterus terang sejak awal lagi.

Selain mengaku kesalahannya, Ammar juga dikatakan memberikan alasan merahsiakan hubungan sulitnya kerana enggan memanjangkan kemelut rumah tangga mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mei 2019 @ 2:35 PM
Quote Kurex 23-5-2019 03:55 PM
Ammar ni nampak kepam...
Quote manehnya 23-5-2019 04:01 PM
nelissa ni sikit punya hot kot..

tu pun jantan nk curang jugak,

kalu dah jantan gatal kote mmg mcm tu lah, patutnya bini tgh peknen, jaga la perangai tuh...!

alip, abu, ammar, whos next?
Quote namieamuro 23-5-2019 04:07 PM
dua_chzy replied at 23-5-2019 03:46 PM
Jantan ni memang jahat.

Bukti dia jahat adalah hapa dia buat dengan wife Syamsul tu.

sol sol sol...

puaka gile mulot si ammar mase PSL awal2 nak menikah dgn sol sol sol..
Quote umbut 23-5-2019 04:09 PM
Eeewww.. laki camni pun ko nak kahwin.. menakutkannnn
Quote umbut 23-5-2019 04:10 PM
manehnya replied at 23-5-2019 04:01 PM
nelissa ni sikit punya hot kot..

tu pun jantan nk curang jugak,

Sebab dia kahwin ngan jate sosial.. dah biasa.. x heran seksi meksi pun.. laki yg baik akan suruh bini tutup aurat
Quote kucingitam 23-5-2019 04:13 PM
namieamuro replied at 23-5-2019 04:07 PM
sol sol sol...

puaka gile mulot si ammar mase PSL awal2 nak menikah dgn sol sol sol..

apa dia cakap?

Quote nuno 23-5-2019 04:23 PM
Dia ni satu opis ngan wife aku..muka biasa aje ape yg hotnya..korang tgk instagram memang la..dulu selalu nampak laki dia ambil time balik keje, now tgk dtg pun jalan kaki
Quote buragazz 23-5-2019 04:32 PM
Kira spesis Alip la ni..
Quote matchstick 23-5-2019 04:32 PM
Si bini nya pun baru skrg nk ingat "his track record" masa parent ko x bpa nk restu ko menikoh dgn ammar ni ko x ambil kira plak his track record
Quote Vanilla_lette 23-5-2019 04:35 PM
dua_chzy replied at 23-5-2019 03:46 PM
Jantan ni memang jahat.

Bukti dia jahat adalah hapa dia buat dengan wife Syamsul tu.

Tak brp nak jelas apa yg dia ni dah buat kat wife Syamsul ni dulu ...?
Quote Knowlee 23-5-2019 04:37 PM
nuno replied at 23-5-2019 04:23 PM
Dia ni satu opis ngan wife aku..muka biasa aje ape yg hotnya..korang tgk instagram memang la..dulu s ...

Bukan diorg duk OZ ke?
Quote nuno 23-5-2019 04:43 PM
Taklah, ada kat kl ni..opis wife dia kat kl

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.047374 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top