CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ditampar Kekasih 52 Kali Pada 'Hari Valentine Cina' Sebab Tak Beli Telefon Pintar Baru

23-5-2019 02:15 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 5294| Komen: 23|Original author: Oleh: LilRose

Hari kekasih biasanya disambut dengan romantis oleh kebanyakan pasangan kekasih di dunia ini.



Namun, seorang lelaki sebaliknya ditampar berulang kali di hadapan khalayak hanya kerana gagal membelikan telefon pintar baru untuk teman wanitanya ketika Hari Valentine Cina pada Isnin lalu.

Memetik Shanghaiist, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan rakaman video daripada orang awam di sebuah jalan di bandar Dazhou menunjukkan seorang lelaki hanya berdiam diri ketika berdepan amukan kekasihnya yang kecewa tidak dibelikan telefon pintar baru.

Bagaimanapun, apabila polis tiba lelaki itu bertegas mempertahankan kekasihnya yang ketika itu masih melepaskan kemarahan dengan menamparnya berulang kali.


Kredit foto: Shanghaiist


Mangsa menegaskan dia layak menerima hukuman itu dan percaya ia dapat mengurangkan kemarahan kekasihnya.

Siasatan polis mendapati, lelaki itu ditampar sebanyak 52 kali dan secara kebetulan ia berlaku pada tarikh 20 Mei atau '520' iaitu tarikh Hari Valentine Cina kerana sebutan tiga angka dalam bahasa Mandarin yang menyerupai makna 'Saya sayang awak'  (wo ai ni).

Difahamkan, wanita itu berang kerana mangsa gagal memenuhi permintaannya untuk membelikannya telefon pintar baru sempena sambutan tidak rasmi berkenaan.

Menurut laporan, hampir semua perbelanjaan lelaki itu ditanggung teman wanitanya.



Polis terpaksa menyelesaikan konflik itu di situ juga selain meminta mereka berjanji tidak mengulangi 'drama' sama dan untuk menyelesaikan masalah secara baik di masa hadapan. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut
3

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • natrahn

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote insulin 23-5-2019 02:28 PM
Kasihan.
Quote matchstick 23-5-2019 02:55 PM
Menurut laporan, hampir semua perbelanjaan lelaki itu ditanggung teman wanitanya.

Padan lah sambar sgt.. Kalau clash mcm mana nk meneruskan kehidupan kan
Quote jalfa 23-5-2019 03:00 PM
Ya amporn...52 kali ditampar depan khayalak semata mata takut gf x sara lg...aku ingat kes kat Malaysia...ye la tun kata maleis je yang malas keja minta disara
Quote buapakperut 23-5-2019 03:12 PM
ada pulak orang tulung kira huhuhu
Quote noraidil_06 23-5-2019 03:26 PM
Bestnye dpt tampar org{:teatime
Quote Mina2215 23-5-2019 04:15 PM
Edited by Mina2215 at 23-5-2019 04:16 PM

Belikan Huawei jer. Patriotik la sket. Kamonn la korang nih punnn
Quote Artemesiaa 23-5-2019 04:16 PM
Kesian dapan gepren garang
Quote Kurex 23-5-2019 05:22 PM
Semenjak aku ada masalah dengan chinkies opis aku, dah malas aku nak ambik tau pasal puak ni. Cilaka
Quote LautBiru52 24-5-2019 06:09 AM
Dimalukan sampai mcm tu sekali. Ish ish ish
Quote EvieWanKenobi 24-5-2019 08:08 AM
mesti dah biasa makan penampar..
Quote groundfloor 24-5-2019 08:12 AM
Mana maruah lelaki tersebut?
Quote mieymiey 24-5-2019 08:12 AM
Kalau polis tangkap gf dia, siapa nak sara dia lepastu? Dasar biawak!
Quote namr 24-5-2019 08:33 AM
Patut la kena tampar,biawak rupanya
Quote HannahMontana 24-5-2019 08:40 AM
Drama ke / Kalau sudah perbelanjaan janatn tu semua awex tu yg tanggung ,mcm mana jantan tu berkemampuan nak beli smartphone pula???
Quote eyansss 24-5-2019 10:06 AM
jalfa replied at 23-5-2019 03:00 PM
Ya amporn...52 kali ditampar depan khayalak semata mata takut gf x sara lg...aku ingat kes kat Malay ...

kat malaysia ni, gf/ isteri yang sara dan gf/ isteri jugak kena tampar sepak terajang...  hahaha...
Quote sukacactus 24-5-2019 10:50 AM
Malu pun xpe asal ditanggung...dasar biawak!
Quote chicozinn 24-5-2019 11:53 AM
rasain lohhh ciknek bewak PRC..sedap x rasa TAMPARAN WANITA?
**tetiba terbayang ajja kunyah sireh time GGV dulu..

Quote Jorja 26-5-2019 09:16 AM
Hilang kewibawaan.
Quote Ali_x 26-5-2019 05:28 PM
Yg tgk cctv tu gigih kira penampo..dia punye sakit..pergghhh

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.632874 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top