CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

"Sudahlah Tak Sedap, Jadi Keracunan Makanan Lagi" - Bagaimana Pilih Makanan Di Bazar?

23-5-2019 04:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4218| Komen: 9

Sepanjang bulan Ramadan ini, banyak gerai menjual makanan seperti pasar atau bazar yang menawarkan pelbagai juadah istimewa untuk berbuka. Sebahagiannya dikendalikan oleh mereka yang sudah pun mahir dalam penyediaan makanan, tidak kurang juga oleh peniaga muda yang baru berjinak-jinak berniaga untuk mencari pendapatan tambahan.


Kita sebagai pengguna perlu bijak memilih gerai terbaik yang kita yakini menyediakan makanan sebagai juadah yang bersih dan selamat untuk dimakan. Memilih juadah yang tertup dan bersih amat penting kerana saban tahun, terdapat kes-kes keracun-an yang berkaitan dengan makanan dan minuman dilaporkan.

Isu keracunan makanan adalah satu isu yang serius. Walaupun sesetengah orang merasakan ia perkara biasa  tetapi sebenarnya boleh membawa maut. 

Berikut adalah beberapa jawapan dari Pakar Gastroenterologi dari Hospital Pantai Sungai Petani, Dr Azril Haris Yafee, mengenai tanda-tanda keracunan makanan dan jenis juadah yang boleh dielakkan untuk menangani masalah keracunan makanan berlaku.



1. Pada pandangan Dr. apakah antara makanan yang dijual di bazar Ramadan yang mudah terdedah kepada punca kepada keracunan makanan? Mengapa?

Jenis makanan yang mudah rosak seperti makanan bersusu seperti keju, yogurt, pencuci mulut (pudding), makanan bersantan seperti kuih-muih tempatan, makanan laut, jenis-jenis kerabu dan makanan yang dimasak awal lebih daripada 4 jam. Bukan itu sahaja, makanan yang terdedah tidak ditutup dan yang tidak dikendalikan dengan cara yang betul mudah dihinggapi lalat dan menyebabkan tercemar. 
Cara penyediaan atau penyimpanan yang bersih oleh pengendali makanan juga adalah peranan utama dalam mengelakkan masalah keracunan makanan dari berlaku.


2. Apakah antara simptom yang menunjukkan seseorang itu telah terkena keracunan makanan?

Antara simptom-simptom seseorang itu mengalami keracunan makanan adalah dengan ada gejala berikut :
-Loya dan muntah
-Cirit-birit berulang kali
-Sakit perut atau sakit pada bahagian abdomen
-Demam dan pening kepala kepada sesetengah orang.

Jika terdapat 2 atau lebih tanda-tanda diatas, anda telah mengalami keracunan makanan dan segera dapatkan rawatan dari klinik atau hospital yang berhampiran. Kebiasaannya, pesakit itu mungkin akan mengalami rasa loya, cirit-birit, muntah-muntah, sakit perut, berpeluh atau demam, sakit kepala dan keletihan. Oleh itu, pemilihan premis makanan yang bersih dan selamat amat penting bagi mengelakkan keracunan makanan.


Foto Carian internet
3. Jika mempunyai simptom keracunan makanan, apakah tindakan awal sepatutnya dilakukan di rumah terutamanya bagi mengelakkan dehidrasi sementara mendapatkan rawatan di hospital?

Tindakan awal adalah pesakit perlu terus minum air untuk membantu menggantikan air yang telah kurang dalam badan. Air isotonik juga boleh diambil. Bagi yang berpuasa, dinasihati untuk berbuka, takut ia akan lebih memudaratkan kesihatan badan. Terus dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berhampiran. 

Makanan berbungkus mempunyai julat masa selamat dimakan bergantung pada tempoh bila ia disediakan (sedia dimasak), bagaimana dibungkus, kebersihan dalam proses penyediaan dan pembungkusan serta aspek bekas dan suhu penyimpanan.

Secara umum, sekiranya makanan yang dibeli itu dibungkus untuk dibawa pulang, ia perlulah segera dimakan dalam tempoh kurang empat jam selepas dibungkus. Bagaimanapun, tempoh itu bergantung pula bila makanan itu telah siap dimasak.

Sentiasa menjaga kebersihan dan pilihlah makanan dan minuman dihidangkan dalam bekas yang sesuai, bersih dan bertutup. Ini termasuklah pengendali makanan dan semua orang yang terlibat dalam penyediaan makanan dari mula hinggalah makanan itu diambil atau dimakan. - CARI 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 23-5-2019 04:37 PM
Beli je dari peniaga yang hari2 meniaga diluar bulan ramadhan.  Kurang2 dah tahu kualiti dan tahap kebersihannya
Quote salmon-suki 23-5-2019 07:58 PM
Aiolzs penah sekali je kena cirit birit sbb makann kt bazar ni..aiolzs beli nasi tomato sbb dah x byk makanan..time tu aiolzs terlambat pegi bazar,dlm kol 7 lebih cmtu sbb keje byk kt ofis..

Dah ler esoknya janji ngedate ngn kawan2 nk jjcm cari brg raya..abes hilang mood dan nafsu nak membeli sbb duk cari tandas aje..last2 mmg balik jelaa tnpa sempat shopping..

Tp y ni nasi dia sedap laa,aiolzs syak y buat cirbir tu sbb pedas sgt..first time aiolzs xdpt habiskn sambal nasi tomato sbb pedas giler..
Quote RatuDunia94 23-5-2019 09:58 PM
Pastu bila raya bebudak kecik.. masing2 berlawan batuk berkokok.. haha tu la byk sgt minum air x masak kat bazar.
Quote LautBiru52 24-5-2019 05:39 AM
Artemesiaa replied at 23-5-2019 04:37 PM
Beli je dari peniaga yang hari2 meniaga diluar bulan ramadhan.  Kurang2 dah tahu kualiti dan tahap k ...

Haah betul. Aku memang beli dgn orang yg berniaga tiap tahun. Kita dah tau makanan dia rasa mcm mane.
Quote manehnya 24-5-2019 09:10 AM
menyakit hati ja beli, semua x jujur, recyle makanan, minuman pun sama, bila time nk makan, basi!!!

ni islam ke kapir, meniaga time ramadan, menjawab la nanti ...
Quote ninjago 24-5-2019 12:30 PM
sakit ati kalau peniaga2 yg jual makanan basi / kotor nie. tak bertanggungjawab langsung.

penah kena food poisoning truk gila rasa masa tu cam hidup tak lama je dah sbb makan popia beli kt bazaar stadium s.alam. i sampai takleh bergerak langsung masa tu, doc pun panik.

sure hari yg sama ada yg kena jgk sbb ramai beli popiah dia masa tu.
Quote missinpiece 25-5-2019 12:22 AM
Baru2 ni beli nasi kerabu sedap kat bazaar. Sejam lepas berbuka rasa nak pitam. Pastu terus muntah berkali2 n cirit birit smpai xde pe nak keluar dah. Paksa jugakla minum air. Terus hilang selera makan smpai sekarang
Quote Foxey 25-5-2019 05:03 PM
Sebab tu malas dah nak beli, masak sendiri je walau hanya yang simple2.
Quote ladybugz 25-5-2019 05:38 PM
Terkena jugak baru2 di bazaar berhampiran pantai. Kuah sayur lemak. Lepas makan sepnajang hari melabur tandas. Tp mujur puasa x makan so stop macam tu je ceri beri lepas dah kuar semua.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.036397 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top