CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

"Tolong Buka Minda, Sedekah Bukan Hanya Pada Bulan Ramadan" - Maya Karin

27-5-2019 10:31 AM| Diterbitkan: MoFirdaus| Dilihat: 12370| Komen: 101|Original author: Oleh: Mo Firdaus


Foto: MalaysiaKini


Pelakon Maya Karin berharap sedekah bukan hanya pada bulan Ramadan daripada pihak-pihak tertentu terutama makanan yang diberikan kepada anak yatim.

Kata Maya, syarikat atau individu yang memberi sedekah sewajarnya memberi sumbangan sepanjang tahun sekiranya mereka mengambil berat ke atas golongan yang memerlukan.

"Tolong buka minda, jangan hulur sumbangan pada bulan Ramadan saja. Dalam setahun ada 12 bulan, jangan fokus pada bulan ini saja.

"Bagaimana dengan bulan-bulan lain? Adakah mereka dibiarkan berlapar?" katanya dipetik MalaysiaKini.



Maya yang terkenal lantang bersuara isu alam sekitar di media sosial itu berkata, luahannya dibuat bagi mengelakkan lebih banyak berlaku pembaziran.

"Saya sudah hubungi kira-kira 10 rumah anak yatim nak sumbangkan makanan pada anak yatim pada Ramadan ini. Tetapi, mereka bagitahu makanan sudah terlebih.

"Saya nak bagi tapi mereka menolak sebab terlampau banyak makanan," katanya.

Maya mencadangkan agar orang ramai mengambil kira pelbagai aspek dalam menghulurkan bantuan. Merujuk kepada individu tertentu yang mempunyai kelebihan dari sudut ekonomi, Maya berkata, sumbangan boleh dibuat melalui bentuk pendidikan atau aktiviti yang bermanfaat.

"Macam mana dengan pendidikan, aktiviti atau pendedahan di waktu senggang?

"Jika ada datuk atau mana-mana ahli perniagaan, bawalah anak-anak yatim ini merasa pergi bercuti di Thailand atau ke pantai dan bermain dengan haiwan laut," ujarnya yang bagaimanapun menjelaskan ia hanya cadangannya sahaja, bukan paksaan.


Foto: IG Maya Karin

Kalau dilihat, bulan Ramadan paling kerap berlaku pembaziran. Kenapa jadi begitu? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote awanysss 27-5-2019 10:31 AM
tumpang lalu. nak kumpul kredit utk naik pangkat
Quote mzzenma 27-5-2019 10:37 AM
awanysss replied at 27-5-2019 10:31 AM
tumpang lalu. nak kumpul kredit utk naik pangkat

chuolls ni merata2 tumpang lalu. Nak terjah benang mana tu gigih kumpul tacang?
Quote awanysss 27-5-2019 10:41 AM
mzzenma replied at 27-5-2019 10:37 AM
chuolls ni merata2 tumpang lalu. Nak terjah benang mana tu gigih kumpul tacang?

kes KJ ngan nigga tu. last week dpt baca.. tetiba harini tak boleh baca.. itu gigih kumpul tacang
Quote rosmahisham 27-5-2019 10:51 AM
Kalau maya dh call 10 rmh ank yatim derang tolak pemberian makanan..maya bg la baju raya pulak..dpt jgk bersedekah di bulan ramadhan utk ank2 yatim..derang pon dh byk baju..tp byk baju x pe boleh pakai sampai ke tahun depan
Quote mzzenma 27-5-2019 10:55 AM
awanysss replied at 27-5-2019 10:41 AM
kes KJ ngan nigga tu. last week dpt baca.. tetiba harini tak boleh baca.. itu gigih kumpul tacang  ...

letak je komen apa2..kalau duk tumpang lalu nanti kena potong kredit lagi sedih..
Quote mzzenma 27-5-2019 10:56 AM
maya ni sejak dua menjak ni macam rajin pula merempan. Kemon maya dulu chuolls so exclusive..
Quote awanysss 27-5-2019 10:58 AM
mzzenma replied at 27-5-2019 10:55 AM
letak je komen apa2..kalau duk tumpang lalu nanti kena potong kredit lagi sedih..

itulah baru tahu.. ade sorang forummer bgtau. thankss
Quote matjerk 27-5-2019 10:58 AM
Byk cara lagi maya oii nk sedekah
Quote Kurex 27-5-2019 10:58 AM
Ketiak maya ni busuk kan?
Quote Melorqe 27-5-2019 11:16 AM
dia nak bayar fidyah ke tue?

sedekah memang la boleh bila2 masa.
orang berebut sgt bulan ramadhan ni sebab nak pahala yg berlipat ganda.
kalau maya tamau sedekah bulan ramadhan ni.
hang tunggu ja la bulan lain
Quote Ali_x 27-5-2019 11:16 AM
{:childlike{:smile
Quote nuryakmal 27-5-2019 11:20 AM
kenapa maya pun sibuk nak sedekah sekarang. why not other months as well? practice what u preached maya
Quote smurfetz 27-5-2019 11:20 AM
cam confuse..kenapa  dia pun nak sedekah makanan ? padahal dia sendiri cakap byk lagi cara lain boleh salurkan sumbangan?

atau penulis ni yg tak reti tulis berita?
Quote abdulzafran 27-5-2019 11:24 AM
semakin lawa maya ni.. grow old gracefully gitu..
Quote Eliadaisy83 27-5-2019 11:27 AM
awanysss replied at 27-5-2019 10:41 AM
kes KJ ngan nigga tu. last week dpt baca.. tetiba harini tak boleh baca.. itu gigih kumpul tacang  ...

Slow2 kumpul kacang ye....semoga berjaya
Quote airmineral 27-5-2019 11:35 AM
maya tlg la support mereka2 ni juga dr segi pendidikan, aktiviti senggang, pergi ke laut, bercuti dan bermain dgn haiwan laut..huhu
Quote johan-adx 27-5-2019 11:35 AM
dia tau tak skrg ni tgh ramadhan...
dan dia tau x dlm ramadhan tu ada apa?
Quote lee_sakura 27-5-2019 11:35 AM
mzzenma replied at 27-5-2019 10:56 AM
maya ni sejak dua menjak ni macam rajin pula merempan. Kemon maya dulu chuolls so exclusive..

stress hidup solo kot
Quote Ali_x 27-5-2019 12:02 PM
Buka minda skit

Lihat semua komen(101)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.065209 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top