CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

Havocnya, Video Raya Ayda Jebat 'Ada Hati, Raya Menjadi-Jadi'

24-5-2019 05:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5519| Komen: 9

Hari Raya yang menandakan berakhirnya bulan Ramadan adalah perayaan yang terbesar di Malaysia. Selain daripada perayaan yang besar-besaran, hidangan juadah yang enak dan pulang ke kampung, Hari Raya juga memupuk kita untuk saling berterima kasih dan bermaaf-maafan antara satu sama lain. Selain itu, kita juga perlu mengamalkan empati dan menghulurkan bantuan kepada masyarakat. 


Watsons Malaysia telah mengambil peluang ini untuk menggalakkan orang ramai agar menjadi lebih prihatin melalui kempen ‘Ada Hati Raya Menjadi-jadi’ sempena raya kali ini. Kempen Watsons ‘Ada Hati Raya Menjadi-jadi’ telah bekerjasama dengan 30 rumah kebajikan di seluruh Malaysia dengan mendermakan pelbagai barangan jenama Watsons bernilai RM100,000 untuk membawakan keceriaan dan kegembiraan menjelang Hari Raya. Ia bertujuan untuk mengingatkan rakyat Malaysia agar turut mengingati golongan-golongan yang memerlukan.


“Bulan Ramadan adalah masa untuk kita saling memberi dan perbuatan itu sebenarnya dapat menyerlahkan ciri-ciri yang terbaik dalam diri seseorang. Kami mengambil peluang memberi sumbangan ini bukan sahaja kepada pelanggan setia Watsons, tetapi juga kepada masyarakat.

Di Watsons, kami menggalakkan pelanggan kami agar “Tampil Hebat, Berasa Hebat” dan berasa hebat bukanlah merujuk kepada harta benda yang kita miliki, tetapi pengalaman yang amat bermakna untuk anda dan orang yang anda sayangi. Bagi Aidil Fitri kali ini, misi kami adalah untuk memberi sumbangan kepada masyarakat. Oleh itu, melalui kempen ‘Ada Hati Raya Menjadi-jadi’, kami berharap dapat menyebarkan keceriaan Hari Raya kepada para pelanggan kami dengan pelbagai promosi istimewa sebagai tanda penghargaan atas kesetiaan mereka membeli-belah di Watsons,” kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Wastons Malaysia dalam ucapan alu-aluannya kepada para tetamu. 


Semasa pelancaran kempen ‘Ada Hati Raya Menjadi-jadi’ Watsons, pihak media dan tetamu dihiburkan dengan persembahan tradisional tarian zapin. Pelancaran ini turut dihadiri oleh Ayda Jebat yang menghiburkan para hadirin dengan sebuah lagu istimewa, lagu raya Watsons. Watsons Malaysia juga telah menayangkan video raya ‘Ada Hati Raya Menjadi-jadi’ yang menyampaikan mesej bahawa sekiranya kita mempunyai hati dan usaha, kita pasti akan melakukannya hingga menjadi nyata. Ianya berkisahkan tentang Ayda yang pulang ke kampung halamannya untuk bersama-sama beraya dengan keluarga tercinta.

“Kami amat teruja untuk melancarkan video raya istimewa berjudul ‘Ada Hati Raya Menjadi jadi’ yang menampilkan Duta Watsons Ayda Jebat. Balik kampung sememangnya sinonim dengan sebarang perayaan di Malaysia, dan video ini menampilkan kelainan yang ajaib tentang perjalanan Ayda pulang ke kampung pada Hari Raya ini. Mesej yang penting dari Watsons untuk Hari Raya ini ialah tiada apa yang lebih penting atau indah dari saat-saat anda meraikannya bersama keluarga anda. Dan sudah pastinya Watsons menawarkan semua yang anda perlukan untuk anda menyambut Hari Raya,” kata Danny Hoh, Pengarah Pelanggan Watsons Malaysia yang menerangkan tentang kempen kali ini.


Pelanggan Watsons akan menikmati pelbagai tawaran ‘istimewa’ Hari Raya seperti berikut:
● Promosi jualan Hari Raya sehingga 50% dari sekarang hingga 12 Jun di cawangancawangan Watsons di seluruh negara dan dalam talian – www.watsons.com.my

● 60 pemenang bertuah daripada ahli-ahli Watsons yang membuat pembelian berjumlah RM50 ke atas untuk mana-mana produk jenama Watsons berpeluang untuk menghadiri “Meet & Greet Session” bersama Ayda Jebat.

● Peraduan "Ada Kad Watsons, Ganjaran Menjadi-jadi":
Ahli Watsons yang membuat pembelian minimum sebanyak RM100 dalam satu resit termasuk salah satu jenama yang mengambil bahagian berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah bernilai lebih RM1 juta dengan mengimbas resit dan menghantar ke https://www.watsons.com.my/promo-rayacontest. Tertakluk kepada pembelian di manamana cawangan Watsons di seluruh negara dan dalam talian dari sekarang hingga 12 Jun 2019.


Maklumat lanjut boleh dapati di www.watsons.com.my


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bedahmenjuyah 25-5-2019 12:34 AM
Rumah ayda kat kg tu rumah yg sama dlm 7 hari mencintaimu kan. Cantik rumah tu siap laman luas
Quote September14 25-5-2019 01:03 AM
Best la iklan dia.. semangat nk blik kg, naik bus pun rasa mcm dlm flight
Quote LembingDayanti 25-5-2019 03:44 AM
horny tgk driver dia
Quote seluarmerah 25-5-2019 05:49 AM
Watson pn nak iklan raya sekarang ni
Quote RatuDunia94 25-5-2019 12:45 PM
Tahun lps ke yg iklan watson kena kecam racist dayang senandung tu?
Quote caprut 25-5-2019 07:06 PM
so brp rmai pkrja watson yg jaga kdai tu dpt cuti raya prtma ngn kdua??
Quote user2012 26-5-2019 01:04 AM
Masih relevankah sheolls?
Quote mamajuwieta 26-5-2019 11:11 AM
whoa yuss
Quote cikbun 8-8-2019 12:50 AM
catchy lagu ni{:love{:love

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.042553 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top