CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Teringin Nak Jadi Kaki Report? - Jom Lapor Kesalahan Pengguna Jalanraya Pada JPJ!

28-5-2019 02:30 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 4871| Komen: 26|Original author: Oleh: Natrah



Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, telah merasmikan Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Aidilfitri Peringkat Kebangsaan 2019 pada 27 Mei 2019 sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kebangsaan Tahun 2019. Ops Bersepadu tahun ini bertemakan 'Pandu Cermat, Sampai Selamat' ini akan bermula pada 29 Mei sehingga 13 Jun 2019.

Pada Ops kali ini, Anthony Loke memberi peluang kepada orang ramai untuk melaporkan sebarang salah laku pengguna jalan raya terus kepada Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ ). Menurut beliau , “Jika ada pemandu sengaja memandu di lorong kecemasan, kita mengalu-alukan orang ramai untuk salurkan aduan supaya tindakan dapat diambil,” jelas beliau menerusi Berita Harian.

Orang awam boleh membuat laporan salah laku pengguna jalan raya dengan menyertakan maklumat seperti berikut:


Selain kesalahan menggunakan lorong kecemasan, anda juga boleh melaporkan pelbagai kesalahan lain antaranya memotong barisan. Namun, orang ramai tiada hak untuk mengambil tindakan sendiri dan haruslah menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.  



Loke juga berkata, sempena perayaan Aidilfitri ini, Kementerian Pengangkutan mengeluarkan larangan terhadap kenderaan berat untuk menggunakan jalan raya selama lima hari bermula pada 1, 2, 3, 8 dan 9 Jun ini.

Menurut Loke lagi, Pasukan Penguatkuasaan JPJ  akan ditempatkan di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) dan Hentian Sebelah sepanjang Ops Bersepadu sempena Aidilfitri . Pasukan ini akan menjalankan pemeriksaan secara rawak terhadap pengguna jalan raya dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Semoga Ops kali ini dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang meningkat tiap kali adanya musim perayaan. Apapun, semoga kita semua memandu secara berhemah dan berhati-hati. Sila berehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan dan rancanglah perjalanan anda. - CARI 

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote keds 28-5-2019 02:36 PM
Okay...........
Quote akumak 28-5-2019 04:05 PM
Yessss... aku nak ready camera je kat hiway ni. Siaplah siapa yg guna lorong kecemasan {:stress
Quote Chairman 28-5-2019 04:17 PM
tp lately ni aku tgk mmg dh ramai ade kesedaran utk tak pakai emergency lane
Quote MFR_IN 28-5-2019 04:26 PM
bgus loke ni.nampak la bnyk yg die buat kerja. bukan takat sembang mambang.

moh la kita pakat2 report kalau nampak.
Quote teacher 28-5-2019 05:56 PM
Chairman: tp lately ni aku tgk mmg dh ramai ade kesedaran utk tak pakai emergency lane



Tapi masih kurang kesedaran dengan penggunaan phone. Aku geram dah lah main phone, lepas tu melelong kiri kanan, and bawak slow.
Quote sitikil 28-5-2019 05:58 PM
sikit2 nak report, sikit2 nak report

kesian mod korang baruakan cam anjing kul 3 pagi terpaksa bangun tuk urus report korang

bahahahha

bodoh cambabi buat kerja bodoh cambabi

Quote cikpolop 28-5-2019 06:04 PM
Teringin nak report driver bas kilang yang suka bawa laju2, ikut lane kanan
Quote hyie 28-5-2019 06:26 PM
ni sesuai diaplikasikan kat pulau people yang sememangnya drive macam setan
Quote sehirkedi 28-5-2019 06:39 PM
hyie replied at 28-5-2019 06:26 PM
ni sesuai diaplikasikan kat pulau people yang sememangnya drive macam setan

Hahahaa kan.. Pulau tu.. Pemandu mereka tak berdisplin sungguh! Lorong 1 line boleh dijadikan 3 line.. Giler sungguh.
Quote c===8 28-5-2019 06:41 PM
Repot mmg syok tapi x syok bila pesalah x ngaku dan perepot terpaksa ke mahkamah jadi saksi
Quote sweetpea911 28-5-2019 06:44 PM
Aku nak report pemandu lembab yang suka2 dia je bersiar2 kat lane kanan 60km/j.. mmg hangin betul bila ko dah potong dari kiri tengok depan dia kosong.. xde common sense langsung.. kategori pencuri gak ni.. curi masa org..

Btw.. kalau Balik raya x yah la memecut.. ala kadar je tapi kalau nk bawak santai2 sembang2 ngan awek tolong ketepi pleaseeeee
Quote najib888 28-5-2019 06:44 PM
Driver guna phone sbb nak snap gambar pengguna lain yang langgar peraturan lalulintas tetapi gambar kelakuan dia menangkap gambar tu dirakam pengguna telefon yang lain. Macam mana pulak?

Paradox JPJ?

Bukan benda baru pun.. dulu2 pun dah ada.. JPJ bagi pengguna bebas membuat rakaman bukti dan aduan..
Quote orgsepang 28-5-2019 06:52 PM
Akak teringin nak repot orang bawa moto ke kreta perlahan dengan signal ke kanan, kita ikutlah perlahan tunggu dia belok tapi tak belok2 tiba2 belok ke kiri.
Ada yang elok bawa sebelah kiri bila kita nak potong dia boleh selamba belok ke kanan.
Ada yang tak ada signal kita tunggulah nak belok kanan tapi dah sampai simpang boleh dia belok simpang yang sama!
Kalau tak ada gambar setakat nombor plat laku ke?
Quote natrahn 28-5-2019 08:34 PM
kena ada detail lengkap kak..sebab nanti kita sebab pengadu kena bertanggungjawab atas aduan tu
Quote natrahn 28-5-2019 08:35 PM
najib888 replied at 28-5-2019 06:44 PM
Driver guna phone sbb nak snap gambar pengguna lain yang langgar peraturan lalulintas tetapi gambar  ...

driver tak boleh rakam guna phone. kena mintak bantuan penumpang...atau guna dashcam
Quote FOTHER-MUCKER 28-5-2019 08:59 PM
Bagilah setiap satu report RM10.
Quote Puteri8964 28-5-2019 10:35 PM
Betul  ke ni... i dah byk kali report salahlaku jalanraya mcm road bully tu... takde sape yg layannn... Siap bukti video dashcam lg...  Pernah sekali kene himpit dgn kereta bmw smpai calar kereta... Pi report kt balai... io tu ckp takyahlahh... ni nama owner melayu.. pastu mcm tak mo layann... puittt la...
Quote Ali_x 28-5-2019 11:00 PM
Kaki report tu..jahat sgt bunyinyee...hehehe
Quote natrahn 29-5-2019 08:10 AM
Ali_x replied at 28-5-2019 11:00 PM
Kaki report tu..jahat sgt bunyinyee...hehehe

kah kah kah

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.050468 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top