Semakin BERANI penjenayah warga asing di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Minggu lepas mayat seorang pemandu Grab yang berasal dari Sabah telah disamun dan dibunuh telah dijumpai di dalam semak. Terkini, seorang lagi pemandu grab telah disamun dan dicederakan dengan tukul besi ketika menjalankan tugas di Kuching Sentral.
Kejadian yang berlaku pada jam 2.30 petang itu hampir meragut nyawa mangsa apabila penyamun warga Indonesia berkenaan bukan sahaja memukul kepalanya dengan tukul malah menembak dadanya dengan senjata yang berisi peluru guli.
Perkongsian itu juga turut dimuat naik di akaun Twitter milik 999 Malaysia yang mengundang perhatian ramai pengguna laman sosial berkenaan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Dennis Leong Soon Kuai, berkata sebelum itu suspek meminta mangsa menghantarnya ke Jantayu Strawberry Farm (Matang). "Dalam perjalanan ke destinasi itu, suspek mengarahkan mangsa berhenti di tepi jalan melalui Jalan Matang.
"Kita mendapati ada satu kesan merah di dada (dipercayai kesan tembakan peluru guli), tetapi tidak tembus, "Ketika mangsa memberhentikan kereta, suspek bertindak memukul kepala mangsa dengan tukul dan melepaskan tembakan menggunakan senapang angin, sebelum suspek melarikan diri ke hutan berdekatan, " katanya kepada BHARIAN. Menurutnya, mangsa telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan susulan dan usaha menjejak suspek kini sedang giat dijalankan. Kejadian ini mengundang banyak reaksi daripada netizen yang rata-rata berasa marah dengan tindakan warga asing yang tidak bertanggungjawab itu. - CARI |
4
Bagus |
5
Marah |
4
Terkejut |
1
Sedih |
7
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
shernazz replied at 1-6-2019 12:16 PM
Jilaka punya penyamun indon
Kasi tembak telur dia guna peluru guli tengok
Meraung sampai langit ke ...
HannahMontana replied at 1-6-2019 08:37 PM
Buat, jangan xbuat , tembak sampai ke neraka jahannam.
shernazz replied at 1-6-2019 09:14 PM
Khen...gatai btol nak samun samun org ni..
Eeeee....geram plak
HannahMontana replied at 1-6-2019 11:24 PM
ya mmg kita marah ,kita mau pembunuh tu mati atau hantar ke rumah hannah yeoh sampai reput.
shernazz replied at 2-6-2019 09:16 AM
Hahaha
Sempat ko kan
Nasib x htr kw rumah hannah montana
ADVERTISEMENT