CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cabut Kuku Kaki Anak-anak Untuk Buktikan Cinta Terhadap Teman Lelaki

10-6-2019 01:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2936| Komen: 8

Seorang wanita bukan sahaja mendera tiga anaknya, malah dia tergamak mencabut satu daripada kuku jari kaki dari setiap kanak-kanak itu untuk memikat kekasihnya.


Foto: Mirror/CEN


Media Mexico melaporkan, Jennifer Marisol, 26, didakwa bertindak demikian atas permintaan teman lelakinya untuk membuktikan cinta antara mereka.

Bapa mangsa, Mauricio Alberto dikatakan membuat laporan mengenai perbuatan Jennifer kepada Pusat Keadilan Wanita di Ecatepec, Mexico.

Menerusi laman sosialnya, Alberto mendakwa teman lelaki suspek, Jose Omar Trujillo turut terbabit dalam penderaan terhadap anak-anaknya.

"Saya ingin meminta bantuan untuk mencari anak saya,  Guillermo, 9, Samanta, 7, dan Melissa, 1, yang didera secara fizikal dan seksual oleh ibu mereka dan teman lelakinya," tulisnya.


Suspek bersama salah seorang mangsa

Foto: Mirror/CEN

Difahamkan, Alberto menemui beberapa video yang didakwanya menunjukkan suspek mendera kanak-kanak terbabit seperti mencubit dan menggoncang tubuh mangsa berusia setahun selain mendapati kuku jari kaki anak-anaknya dicabut.

Menurut media tempatan, kesemua mangsa yang kini dalam jagaan bapa mereka menjalani penilaian fizikal dan psikologi.

Sementara itu, Jennifer dilaporkan ditahan dan dalam siasatan keganasan rumah tangga, manakala tidak jelas sama ada teman lelakinya turut ditangkap.


Jose Omar Trujillo
Foto: Mirror/CEN

Sebelum penangkapannya, wanita itu mendakwa di Facebook bahawa bekas kekasihnya, Alberto membuat tuduhan berkenaan untuk mendapatkan hak penjagaan tiga anaknya.

Selain mendakwa dirogol dan dipukul Alberto yang baran ketika hamil, Jennifer mendakwa kononnya lelaki itu menghalaunya dan anak-anak dari rumah. - CARI
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
4

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • AlterEgo

  • Dinita

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 10-6-2019 02:01 PM
Bodohnya kau pompuan.. Macam vokuro bodohnya
Quote epuepy 10-6-2019 04:07 PM
Bebal. Rot in hell please {:yameteh
Quote putehkundor 10-6-2019 04:08 PM
asal berlaki konsepnya boleh dipakai seantoreo dunia, hatta mehico sekalipun
Quote esbok 10-6-2019 04:23 PM
Orang lain bercinta orang lain yang berkorban dah kenapa
Quote giyomi 10-6-2019 06:53 PM
kimak nye ppuan sial...mereput dan mereput selamanya ko.  puiii
Quote nenekglamer 10-6-2019 08:46 PM
Minah ni obviously sakit mental. Klu jantan tu nk juga kt dia tatau la
Quote AkuMark 11-6-2019 11:24 AM
Dah xde benda lain ke nak buat utk buktikan cinta..skit wooo cabut kuku kaki !
Quote sekngucing 11-6-2019 11:28 AM
ingat org melayu td

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.044446 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top