CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Ardell Aryana Kejutkan Ahli Keluarganya Dengan Duit Raya Beribu Ringgit, Ibunya Dapat RM10,000!

13-6-2019 12:22 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 23519| Komen: 112|Original author: Oleh: Azza




Mungkin berita ini agak lambat disiarkan di mana-mana media cetak, elektronik mahu pun media sosial walaupun ia berlaku pada 1 Syawal lagi. Walhal, berita sebeginilah sepatutnya diwar-warkan kerana meletakkan nilai kasih sayang mengatasi wang ringgit.

Aktres yang masih merahsiakan penyakitnya, Ardell Aryana membuat kejutan terhadap ahli keluarganya apabila memberikan duit raya dengan cara cabutan bertuah. Ardell menetapkan syarat seorang hanya boleh mencabut satu sahaja sampul duit raya yang tertera dan ianya dimulakan dengan ibunya kemudian ahli keluarga lain.

Dapat dilihat keterujaan anggota keluarga Ardell yang ada di antaranya membaca doa sebelum mencabut sampul tersebut serta gelagat anak saudaranya yang comel turut menarik perhatian warganet. Mereka kemudiannya membuka kertas yang tertera jumlah duit raya daripada Ardell dan sangat mengejutkan ialah duit raya tersebut bernilai antara RM300 hingga RM3,000 bagi ahli keluarganya.


Bahagian yang paling dinantikan ialah berapa jumlah duit raya yang dicabut oleh ibunya sendiri lalu kamera menyorot aksi ibunya yang terharu bercampur sebak. Apabila Ardel mengumumkan jumlah wang rayanya ialah RM10,000, semua ahli keluarganya bertepuk tangan tanda terharu.


Dengan kapsyen "Duit Raya 2019 keluarga kecil saya", Ardell menyatakan bahawa inilah wajah-wajah yang menjaga dirinya selama setahun ketika sedang terlantar berputus asa dengan kehidupannya. Ahli keluarganya tidak berputus asa memberi semangat, menjaga, merawat dan ia adalah #DuitTabungKumpul3Tahun serta mengharapkan ini bukan tahun terakhir mereka beraya sekeluarga.

Foto : IG


Ramai warganet yang berasa terharu dengan kemurahan hati Ardell dan itu adalah tindakan yang sewajarnya bagi menghargai ahli keluarganya. Manakala bagi mereka yang mengatakan Ardell boleh berbuat demikian kerana banyak duit, pelakon wanita yang dikatakan intim dengan Nadzmi Adhwa ini mempunyai jawapannya sendiri.

Foto : Facebook
Foto : IG

Foto : Facebook

Bagi Ardell, kesusahan ibunya membesarkan mereka enam adik beradik dengan status sebagai ibu tunggal, lagi-lagi Mualaf bukanlah satu tugas yang mudah. Namun ibunya mampu memberikan mereka pendidikan menjadi orang berguna. Malahan dia juga sudah bekerja sejak usia 14 tahun lagu kerana dihimpit kesusahan. Jadi, apabila mempunyai rezeki yang lebih, keluarganya diberi keutamaan terlebih dahulu. Jadi berapa pun nilai itu tidak penting kerana ada rezeki orang lain dalam diri kita.

"Lagi banyak memberi, lagi banyak kita menerima rezeki. Jangan cakap saya menunjuk ya,
sebab apa yang anda lihat adalah apa yang keluarga saya baru merasainya."

Foto : IG


Pendapat warganet memang berbeza-beza, namun lebih ramai yang menjadikan kemurahan hati Ardell sebagai inspirasi untuk lebih berbakti kepada ibu bapa sendiri. Apa yang penting ialah Ardell telah menyatukan ahli keluarganya serta membuktikan duit bukanlah segala-galanya tetapi dengan duit ia tetap memberi kebahagiaan kepada insan tersayang. - CARI 
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote swayne 13-6-2019 12:35 PM
Dia umur berapa ye sebab dia macam muda tapi dia pergi sekolah beli donat rm0.10. Zaman i sekolah tak dapat harga tu
Quote laksmanabentan 13-6-2019 12:41 PM
swayne replied at 13-6-2019 12:35 PM
Dia umur berapa ye sebab dia macam muda tapi dia pergi sekolah beli donat rm0.10. Zaman i sekolah ta ...

kecik jer kot donut tuh... donut comel2 tuk budak2 sekolah...
Quote hatikudus 13-6-2019 12:41 PM
Semoga rezeki ardell terus mencurah & dipermudahkan. Bahagianya dpt merasa membanggakan & membahagiakan ibu tak terucap dgn kata2. Hati mmg berbunga
Quote swayne 13-6-2019 01:10 PM
laksmanabentan replied at 13-6-2019 12:41 PM
kecik jer kot donut tuh... donut comel2 tuk budak2 sekolah...

Ohh maybe lah
Quote girlfridayz 13-6-2019 01:19 PM
swayne replied at 13-6-2019 12:35 PM
Dia umur berapa ye sebab dia macam muda tapi dia pergi sekolah beli donat rm0.10. Zaman i sekolah ta ...

exactly what i was thinking! 80s baby kot..

Quote singajantan 13-6-2019 01:25 PM
bagusnyaa anak yg baik

biz apa dia ni
Quote Fazzbulous 13-6-2019 01:57 PM
Bagusnyaaa...insyaAllah. i pun nak jadi mcm dia..bahagiakan kluarga i...azam thn depan..nak up skit duit raya.   Doakan i koranggg supaya rezeki melimpah ruah mcm ardel..
Quote rosasen 13-6-2019 02:53 PM
seronok je tgk video diorg ni..nampak ikhlasnya di situ
Quote awanearisu 13-6-2019 03:42 PM
Semoga makin murah rezeki  dan disembuhkan segala penyakit dik..
Quote keds 13-6-2019 04:01 PM
tak rugi happykan parents..

rezeki akan datang dalam pelbagai penjuru..
Quote Shayang 13-6-2019 04:04 PM
Dia dh tak berlakon, so dia wat bisnes ke ye selama ni.
Nampak mcm dia ade depression sampai jd tanak kuar umah jauhkan diri dr dunia
Quote nyra 13-6-2019 04:19 PM
semoga die sentiasa dilimpahkan rezeki untuk membantu keluarganya
Quote nadihazza 13-6-2019 04:21 PM
alhamdulillah..murah rezeki
Quote BoongaKertas 13-6-2019 04:59 PM
bagusnya alhamdulillah! tips nak murah rezeki, janganlah sesekali berkira dengan mak ayah. bagi jer hadiah selalu2 kat depa, insyaallah ada jer rezeki terpijak utk kita nanti
Quote Zazashar 13-6-2019 05:00 PM
Shayang replied at 13-6-2019 04:04 PM
Dia dh tak berlakon, so dia wat bisnes ke ye selama ni.
Nampak mcm dia ade depression sampai jd tan ...

Dia sakit, cancer x silap. Ada biz jual tudung n dia jahit sendiri, lebih kurang mcm tu la
Quote groundfloor 13-6-2019 05:29 PM
Baiknya Ardell
Quote Lula2 13-6-2019 05:31 PM
I tengok video dia smlm terus i ter motivasi utk simpan duit bg kt family.
Quote Kitty_catz 13-6-2019 06:16 PM
Ehh bg duit raya ribu riban pun nk up kat socmed ke? Next!
Quote bebygirl 13-6-2019 06:17 PM
Shayang replied at 13-6-2019 04:04 PM
Dia dh tak berlakon, so dia wat bisnes ke ye selama ni.
Nampak mcm dia ade depression sampai jd tan ...

Dia ada penyakit cancer.. dan dia memang meniaga telekung, baju design sendiri dan jadi duta produk.

Lihat semua komen(112)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.123324 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top