CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Budaya Selebriti Malaysia Bela Hidupan Liar, Kegilaan Apakah Ini?

14-6-2019 10:38 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 7745| Komen: 24|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Kredit foto: Facebook


Keghairahan selebriti tempatan bergambar bersama hidupan liar dalam media sosial dikhuatiri mempengaruhi orang ramai untuk menjadikannya sebagai haiwan peliharaan.

Bekas peserta program realiti Rockanova, Zarith Sofia Yasin yang didakwa memelihara beruang matahari secara haram dikatakan bukan satu-satunya selebriti tempatan yang membela hidupan liar.

Pemerhatian seorang pencinta hidupan liar mendapati beberapa artis terkenal termasuk yang masih kanak-kanak melakukan perkara sama.


Kredit foto: Facebook

Pemilik akaun Facebook Bam Arrogancia itu berkongsi tangkap layar akaun Instagram selebriti terbabit bersama hidupan liar pada 12 Jun lalu.


Dia mendakwa perbuatan memelihara hidupan liar di rumah telah menjadi budaya dalam kalangan selebriti tempatan sejak bertahun-tahun dahulu.

"Hidupan liar yang mereka bela ada yang dah jadi gila sampai menggigit tangan sendiri kerana cara PENJAGAAN YANG SALAH.

"Ada juga yang mencabut bulu sendiri kerana HIDUP DALAM KEADAAN TERSEKSA TERLALU LAMA.

"Dan ADA JUGA YANG DAH MATI semasa di bawah jagaan mereka. Yang paling best, bila haiwan itu dah mati, mereka akan beli lagi yang (haiwan liar) baru," luahnya dalam status Facebook berkenaan.


Kredit foto: Facebook

Secara sinis, Bam Arrogancia menyindir sikap segelintir selebriti tempatan yang seolah-olah tidak ambil kisah tentang isu kepupusan hidupan liar di Malaysia seperti yang berlaku terhadap badak sumbu Sumatera jantan terakhir bernama Tam, baru-baru ini.

"Yang penting bila post kat media sosial, mereka dapat BANYAK LIKE dan semakin RAMAI orang nak jadikan hidupan liar sebagai haiwan peliharaan," katanya.


Kredit foto: Facebook

Cara terbaik untuk memastikan hidupan liar tidak pupus adalah dengan membiarkan mereka tinggal di habitat semula jadi yang bebas daripada gangguan manusia. - CARI
2

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • mr.samad


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amirah7 14-6-2019 11:19 AM
kadang2 kesian tgk haiwan2 yang dipakaikan baju. why weh why. kenapa nak bajukan mereka. Allah dah cipta elok2 dah. selesa berbulu...
Quote hussaini4675 14-6-2019 11:46 AM
amirah7 replied at 14-6-2019 11:19 AM
kadang2 kesian tgk haiwan2 yang dipakaikan baju. why weh why. kenapa nak bajukan mereka. Allah dah c ...

melanggar fitrah alam
Quote chicozinn 14-6-2019 12:03 PM
amirah7 replied at 14-6-2019 11:19 AM
kadang2 kesian tgk haiwan2 yang dipakaikan baju. why weh why. kenapa nak bajukan mereka. Allah dah c ...

aku ri tu nk belikan baju melayu cekak musang bg kat kucing2 aku pn laki aku da bertempik marah aku ckp lggar fitrah haiwan..tkut bila pkaikn baju nti bulu lagi cepat ggur lagi snang dpat penyakit..xmemasal kne mrah ngn somi..aihhh..
Quote azimodin 14-6-2019 12:07 PM
bela binatang primate bukan binatang yang sesuai untuk dijadikan pets. kalau nak bela, bela la kucing or anjing yg mmg suka mendapat belaian manja. sedih kalau tengok nasib ungka dewasa yang "dilepaskan" semula sebab owner mampu nak bela. haiwan2 ni x dapat biasakan diri dengan kehidupan diluar. xmampu cari makan & x mampu defend diri.

nak lagi selamat bela je la cyberpet/tamagochi.
Quote chicozinn 14-6-2019 12:07 PM
npe nama2 retis tu xdidedahkan?yg monyet tu meollss tau timoh kembong ade bela sekor..even kucing pun org sggup buat itu ini demi nk dpatkan baka bgus..cer la amik kucing2 jalanan, bela n bagi vaksin sepatutnya..btw kucing aku amik kt workshop msa memula amik dia sesat n bdn pnuh minyak itam..bila da bwk blik n bg mkan sesedap skang da serupa cm DP aku da..muka n warna bulu pn sma cme kucing aku tu jantan..
Quote BookerT 14-6-2019 12:16 PM
napela mak hayam ni semua ske bela monyet....cukupla pangai sesekor mcm monyet kan nyah...
Quote CiliPadiSedap 15-6-2019 12:04 PM
BookerT: napela mak hayam ni semua ske bela monyet....cukupla pangai sesekor mcm monyet kan nyah...

Sebab mereka asal usul monyet  monkey magic jenis bebal xboleh di ajar bahawa xsemua haiwan boleh dibela. Terpaksa membebalkan diri untuk ig famous batak follower like

Kaka syak dulu dinasour wujud tapi pupus sebab ada batak follower like. Asteroid langgar  bumi tu tipu. Kan bumi ni leper (saintis sohai laksa)
Quote renko 15-6-2019 04:04 PM
amirah7 replied at 14-6-2019 11:19 AM
kadang2 kesian tgk haiwan2 yang dipakaikan baju. why weh why. kenapa nak bajukan mereka. Allah dah c ...

belum lagi dia panggil binatang tu anak dorg katanya
bangang
Quote coyote_ugly0911 15-6-2019 05:23 PM
Rase nyee i pnh tgk plakon adik balqish tu bela monyet kcik.. x tau laa apa nama monyet tu.. sian sgt i tgk monyet kcik tu.. dh mcm d buat nye jadik ank patung, heret dukung ke sana kemari, ajak tdo skali... i tunjuk kt my husband.. my husband ckp "mnyeksa binatang, nape mak ayah bg?? nth2 ade kuman or apa2 kt monyet tu yg buat adik tu sakit.." wallahuA'lam laa kan.. i pun x tau adik tu sakit apa..
Quote namieamuro 15-6-2019 05:31 PM
siannye la monyet2 tu..np tak bela monyet yg tepi jln tu..kdg ksian tgk muke sesekor hrp org bg mknn..

dan tetap la tak terlawan bela beruang dlm rumah..yg tu mmg kenot brain wpun sipi pun takde rupe keturunan anjing.
Quote Cikpuan7272 16-6-2019 12:35 AM
Mcm xade binatang lain nak di bela.. alasan jmpa tu sumpah x logik
Quote boojaat 16-6-2019 01:28 AM
Artis mana yg gambar 1st tu
Quote mosti 16-6-2019 11:36 PM
Yang aku perasan, kalau orang yang bela binatang di rumah dan share makanan sekali dengan binatang peliharaan, mesti akan sakit. Air liur binatang masuk dalam badan manusia..rasa2 apa jadi????
Quote DARSITA 17-6-2019 03:18 AM


Aii salahkan jabatan haiwan. Sebab jbt Haiwan ni kalau orang kampung bela monyet ka kera ka cepat jer sampai suruh beli lesen suruh register bagai.

'Jbt perlindungan haiwan kena buat rules la mana yang boleh dijadikan pets dan mana yang tak boleh. Karang kata makan gaji buta marah pulak.
Quote eina2lovers 17-6-2019 03:04 PM
itu si balqis pelakon cilik tu kn? ke aku salah?
Quote rayray28 17-6-2019 07:04 PM
chicozinn replied at 14-6-2019 12:07 PM
npe nama2 retis tu xdidedahkan?yg monyet tu meollss tau timoh kembong ade bela sekor..even kucing pu ...

Mana dh dia punya tu berzaman dh x nampak
Quote missycutie 18-6-2019 10:42 AM
{:question{:question{:question{:question{:question{:question{:question
Quote pakupayung21 18-6-2019 11:25 AM
kena report dkt perhilitan ni. binatang yang dilindungi
Quote damian_lee 18-6-2019 11:35 AM
Memang hanat yang pelihara “PET” yang xsepatutnya
Even domestic pet tapi xkena cuaca pun xboleh gak

Pencinta haiwan kononnn

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.074658 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top