CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dijel Setahun Sebab Pukul Isteri Dengan Papan Selaju

13-6-2019 02:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3713| Komen: 27

Lelaki yang didakwa mencederakan isterinya menggunakan papan selaju pada awal bulan lalu dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan.

Sinar Harian melaporkan, keputusan itu dibuat selepas tertuduh, Abdul Hafiz Man, 33, mengaku bersalah di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.


Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan kepada isterinya, 31, kira-kira jam 12 tengah hari di sebuah rumah di Kampung Gong Pak Damat, Kuala Nerus pada 6 Jun lalu.


Foto: Sinar Online

Abdul Hafiz didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh memukul isterinya menggunakan papan luncur selain melempar kereta roda mainan terhadap mangsa.

Mangsa juga dikatakan ditumbuk dan disepak dalam kejadian itu menyebabkan dia mengalami bengkak di bahagian kepala dan seluruh badan. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Asdan 12-6-2019 06:08 PM

sebab itu jangan makan ikan, boleh jadi weng,
Quote Foxey 12-6-2019 06:10 PM
What the... Sebab rm10 sanggup pukul anak bini? Patutnya dia sebagai suami ayah, tanggungjawab dia provide duit to anak bini.
Quote moonbug 12-6-2019 06:13 PM
Dayus sejati. Nak pinjam rm10 kat kanak-kanak pastu tak dapat tendang pukul segala. Anjing pun lagi elok perangai
Quote EvieWanKenobi 12-6-2019 06:14 PM
duit nak beli dadah ka?
Quote najib888 12-6-2019 06:26 PM
Baca tajuk dah boleh agak kat mana kejadian..
taik syabu kot...
Quote Pink_Purple 12-6-2019 06:29 PM
padan muka...


dadah mendonia...ganu kitee..
Quote krustykrab 12-6-2019 06:48 PM
Mendadih la ni
Quote mamarock 12-6-2019 06:50 PM
Buruknya perangai. Camna isterinya boleh pilih si lelaki ni jadi suaminya
Quote Sazida 12-6-2019 07:22 PM
Ganu lg. Ape mslh warga ganu ni? Stress sgt ke
Quote pyropura 12-6-2019 07:29 PM
Hehe   .... Rupanya post 6# dan 10# pun cakap pasal Transylvania    @Remyda
Quote abangbikerz 12-6-2019 11:09 PM
Why always in ganu?
Quote gigahertz 12-6-2019 11:17 PM
mamarock replied at 12-6-2019 10:50 AM
Buruknya perangai. Camna isterinya boleh pilih si lelaki ni jadi suaminya

Jadi mekanik ni stress. biasaany org dtg x tentu
kekadang ada kekadang xde. paling stress keje dah siap tapi bayar hujung bulan. hujung punya hujung x bayar.
Quote MissVixen 12-6-2019 11:20 PM
Seronok ke jantan2 iblis ni pukul bini? Mentang mentangla perempuan lemah fizikal, salah siket nak belasah. Iblis. Kau ingat la balasan tuhan tu ada. Anak perempuan, adik, mak kau juga akan kena apa yang bini kau rasa. Babik sangat perangai lelaki yang pukul perempuan.
Quote mamarock 12-6-2019 11:23 PM
gigahertz replied at 12-6-2019 11:17 PM
Jadi mekanik ni stress. biasaany org dtg x tentu
kekadang ada kekadang xde. paling stress keje d ...

Walaupun dalam keadaan sebegitu,  tak menghalalkan dia memukul si isteri dan si anak hingga mengakibatkan kecederaan. Ketua keluarga sepatutnya melindungi ahli keluarganya.
Quote rayriff 12-6-2019 11:46 PM
rasa kerajaan negeri kena wat sesuatu.abe @dino tolong!
Quote MarryPottet 13-6-2019 01:02 AM
hukuman tu hanya utk kes dia pukul bini. Yg hanat ni tendang kepala anak dia tak kena dakwa & hukum pulak? Patut kesalahan dia pukul anak dia tu yg perlu dihukum sekerasnya. Sian sangat anak kena kejut dari tidur & lepas tu dapat tapak kaki hinggap kat kepala
Quote kucingitam 13-6-2019 09:42 AM
takde ke yang nak bela jantan ni macam abang botak, penjara setahun tu.. kesian dia, anak kecik2 lagi..
#donesarkastik
Quote Sasakim 13-6-2019 03:04 PM
selalu bc kat kuala nerus je banyak mslh pukul anak bini ni
Quote keds 13-6-2019 03:40 PM
semoaga mendapat balasan setimpal.....

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 03:03 PM GMT+8 , Processed in 1.217579 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top