Seorang wanita membunuh tiga orang bayinya, dengan salah seorang daripadanya ditemui dalam keadaan menyayat hati. Erika Murray ditahan selepas rumahnya yang terletak di Blackstone, Massachusetts dipenuhi dengan najis, sampah dan serangga.
Keadaan itu dibongkarkan oleh jirannya, Betsy Brown. NBC melaporkan, pasukan penyiasat menemui salah seorang bayi dalam keadaan masih bertali pusat, dalam beg yang disembunyikan dalam almari pakaian. Mayat bayi kedua juga ditemui dalam sebuah lagi almari berdekatan. Bayi ketiga pula ditemui hanya tinggal tulang, dalam keadaan berbaju dan memakai lampin pakai buang.
Menurut sumber, Murray mempunya empat anak, masing-masing berusia dari 5-13 tahun yang tinggal bersama dalam rumah. Dua darinya tidak pernah dibawa keluar manakala seorang lagi yang berusia tiga tahun tak boleh berjalan. Brown, selaku individu yang memasuki rumah suspek ketika Murray meminta bantuannya untuk menenangkan bayi yang sedang menangis berkata, "Lampin pakai buang kotor, botol susu, ulat ada di mana-mana. Keadaan gelap dan panas. Ia menakutkan. "Anda tak boleh nampak lantai, seolah-olah berjalan atas sampai. Keadaan rumah teruk dan berbau busuk. -CARI
|
ADVERTISEMENT