Hanya kerana tidak tahan dengan bunyi bising, wanita hamil tergamak menyimbah sup panas pada seorang ibu dan anak berusia 11 bulan. Menurut Shanghaiist, kejadian tular itu berlaku di sebuah restoran di Henan, Zhoukou.
Dalam kejadian, kanak-kanak itu dikatakan mengetuk meja dengan sudu menyebabkan wanita terbabit bertengkar dengan ibu mangsa. Suspek dikenali sebagai Ren kemudian meninggalkan restoran dalam keadaan marah dengan suaminya. Namun, dia kemudian kembali masuk dan menuju ke mejanya sebelum mengambil semangkuk malatang (sejenis sup pedas) yang masih panas, lalu disimbah pada bayi perempuan terbabit. Tindakan wanita itu menyebabkan sebahagian tubuh dan punggung mangsa melecur. Ren ditahan 15 hari dan diperintahkan membayar denda sebanyak 500 yuan (RM300), namun hukuman terhadapnya ditangguhkan memandangkan dia sedang sarat hamil. - CARI |
shernazz replied at 14-6-2019 01:45 PM
Iols rengsa btol kalau anak dok ketuk ketuk ni..
Kalau kt umah xpe
Kalau kt luar..anak anak.dijaga ...
jazaa100 replied at 14-6-2019 02:49 PM
Kannnn.....
Jgn le buat restoran mcm kt runah....
Kurex replied at 14-6-2019 02:13 PM
Kenapa la berita macam ni selalu datang dari tanah besar...
kroit92 replied at 14-6-2019 03:22 PM
kan..
bila baca dari sana je.. tak tau nak cakap ape. mentaliti diorang lain, common sense.. t ...
puding_caramel replied at 14-6-2019 03:33 PM
kt cni pun sama lahhhh.. kalau sembang tu, mau sekampung blh dengar. x behave langsung
kroit92 replied at 14-6-2019 03:38 PM
maksud aku.. sampai membahayakan pihak orang lain. simbah sup panas tu..
ADVERTISEMENT