Semalam, pelakon Rita Rudaini mengucapkan Selamat Hari Bapa buat ibu-ibu tunggal di luar sana. Ucapan itu membuat ramai netizen sebak. Dalam luahannya itu, Rita mendakwa tidak kisah dengan kepenatan bekerja tanpa suami di sisi asalkan anak-anak cukup makan dan segala keperluan mereka ditunaikan.
Foto Instagram: Rita Rudaini Rita turut meluahkan rasa bertuah kerana mampu membesarkan anak-anak tanpa seorang suami dan bantuan daripada mana-mana pihak. Dia juga memberitahu ada pasangan yang sudah bercerai, namun segala kos sara hidup masih ditanggung bekas suami. "Rasa bertuah dipilih untuk membesarkan anak-anak seorang diri tanpa bantuan sesiapa. Ada yang bercerai, tapi anak-anak masih dibiayai bapa, duit sekolah, perayaan, tempat perlindungan dan segala perbelanjaan sehingga dewasa, beruntungnya mereka.. Alhamdulillah," tulisnya.
Biarpun mereka tidak mewah, tapi mereka bahagia. "Susah senang yang saya tanggung, saya percaya akan ada kejayaan dan manis menunggu di depan. Biarlah kami tak mewah tapi hati kami bahagia.
|
Suchi replied at 18-6-2019 12:20 PM
Post2 gini selalu wat ibu2 kat luar sana rasa bersalah sebab laki tanggung makan minum depa anak ber ...
Meiizu replied at 18-6-2019 12:17 PM
i kagum dgn rita tuntut nafkah kat ex kaw kaw punya..part ni memang boleh jadi contoh tapi ....dah ...
ADVERTISEMENT