Semalam agak ribut industri hiburan apabila tular mengenai seorang wanita yang bernama Yusmiliati Mohamed Yusof mendakwa telah dianiaya oleh Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat.
Dia meminta usahawan terkenal itu membuat permohonan maaf dalam tempoh 48 jam kerana menjatuhkan maruahnya sehingga ditahan reman oleh polis.
Isu timbul apabila pembantu peribadi Sajat telah memberitahu hajatnya untuk membuat satu permohonan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menukar jantina pada kad pengenalan yang tertera lelaki kepada perempuan.
Namun permohonan tersebut telah ditolak atas sebab gagal mengemukakan dokumen daripada doktor yang mengesahkan Sajat adalah seorang kunsa. Yusmiliati dituduh sebagai penipu kerana gagal menguruskan penukaran jantina Sajat di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPNM). Yusmiliati ditahan reman selama empat hari di Balai Polis Ampang dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Memetik laporan mStar online, Sajat berkata dia tidak pernah meminta bantuan dari mana-mana pihak untuk menukar jantinanya. Dia juga tidak akan memohon maaf dan membayar sebarang pampasan kepada Yusmiliati Mohamed Yusof. "Merepeklah! Saya tak pernah minta tukar jantina. Saya juga tidak akan membuat permohonan maaf atau membayar sebarang pampasan seperti yang dituntut individu tersebut. "Sebab saya pun tak kenal dan tak pernah bertemu dengan dia, semua yang didakwa itu juga tidak benar.
Sehingga ke hari ini belum ada lagi permohonan maaf yang dilakukan dari pihak Sajat. - CARI |
ADVERTISEMENT