Artis Malaysia memang tak lari dari komen dan kritikan netizen. Salah sikit pun mesti dikecam, kadang-kadang tak salah pun kena cerca juga! Tambahan apabila artis wanita muat naik gambar seperti biasa di Instagram, pun begitu pasti ada warganet lelaki yang tidak segan mengeluarkan kata-kata lucah tanpa tapisan langsung!
Seperti baru-baru ini apabila selebriti Janna Nick yang telah memuat naik gambarnya yang menggayakan sehelai baju kurung dilaman Instagramnya.
Yang tak seronoknya apabila gambar itu dihujani komen lucah dari warganet lelaki miang di Facebook. Memeranjatkan apabila lelaki-lelaki ini tidak malu meninggalkan komen sedemikian walaupun menggunakan gambar mereka dengan pasangan masing-masing sebagai gambar profil. Ada yang turut menyalahkan Janna Nick kerana memuat naik gambar itu yang mengundang komen lucah. Netizen lain yang membaca komen lucah ini ratanya tidak terkejut kerana ia datang daripada lelaki Facebook yang tak tahu malu dan tidak pernah tapis apabila meninggalkan komen. Cuba fikir sikit apabila tinggalkan komen tak senonoh sedemikian, boleh dianggap sebagai gangguan sosial tahu! -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|