Masihkah anda ingat pada bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi? Suatu masa yang lalu, dunia dikejutkan dengan pelantikan baru Presiden Mesir secara demokrasi buat pertama kalinya, yang mengakhiri pemerintahan Hosni Mubarak. Hari ini, dunia sekali lagi dikejutkan dengan pemergian Morsi buat selama-lamanya.
Enam tahun yang lalu, Morsi digulingkan serta dipenjarakan setelah hanya setahun menjadi Presiden negara itu atas tuduhan tidak berasas, salah satunya dituduh sebagai pengintip dan pengganas. Sejak dipenjarakan bermula tahun 2013, kesihatan Morsi semakin merosot, ditambah pula dengan keadaan penjara yang membuatkan dia jatuh sakit. Dia mempunyai sejarah menghidap kencing manis, dan kegagalan buah pinggang serta fungsi hati.
Anak lelaki Morsi, Abdullah Mohamed Morsi berkata, sepanjang ayahnya dipenjarakan, keluarganya hanya dibenarkan bertemu tiga kali sahaja sejak 2013. Bukan itu sahaja, malah Morsi tidak dibenarkan berjumpa peguamnya dalam keadaan berdua sahaja. Liputan mengenai kes dakwaan Morsi juga tidak disiarkan di televisyen membuatkan orang ramai semakin lupa tentang kes Mohamed Morsi. Morsi rebah di kandang pesalah di mahkamah ketika hari perbicaraannya dan dibawa ke hospital. Dia disahkan meninggal dunia pada 4.50 petang, hari Isnin lalu sebaik sahaja sampai ke hospital. Namun, media melaporkan lokasi jenazahnya tidak diketahui oleh ahli keluarga sendiri kerana menurut mereka, pihak berkuasa tidak membenarkan Morsi dikebumikan di perkuburan keluarga. Terbaru, memetik Al Jazeera, salah seorang peguam Morsi berkata bekas presiden itu dikebumikan di Medinat Nasr, yang terletak di timur Kaherah. Ia turut disaksikan oleh ahli keluarganya. Ini sekaligus menafikan berita tentang lokasi pengebumian yang dirahsiakan sebelum ini. Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Mohamed Morsi. - CARI |
am2020 replied at 19-6-2019 04:23 PM
mesti kena arsenik macam kes bekas tpm malaysia yg dituduh meliwat...
cmf_Strawberry replied at 20-6-2019 04:09 PM
Sedih.. Semoga ini adalah permulaan Mesir utk menentang Alsisi tu.
pyropura replied at 21-6-2019 02:53 PM
Al sisi will rule forever, momentum revolusi mesir tu dah mati dah.
ADVERTISEMENT