CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

5 Remaja Bunuh 'Kawan Baik' Lepas Dijanjikan Habuan RM37 Juta

18-6-2019 01:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4454| Komen: 15

Remaja perempuan didakwa membunuh kawan baiknya sendiri selepas ditawarkan ASD9 juta (RM37.64 juta) untuk membunuh seseorang.

Memetik The Sun, Cynthia 'CeeCee' Hoffman, 19, ditembak di belakang kepala sebelum mayatnya dicampakkan di sebuah sungai di Alaska.


Suspek, Denali Brehmer, 18, didakwa dibantu empat remaja lain untuk merancang dan melaksanakan pembunuhan itu.


Denali Brehmer
Foto: Daily Mail

Pihak pendakwaan percaya Denali terpedaya dengan Darin Schilmiller, 21, yang menyamar sebagai seorang jutawan bernama 'Tyler' di laman sosial dan menawarkan ganjaran jutaan dolar sebagai pertukaran gambar pembunuhan terbabit.


Darin Schilmiller

Foto: Anchorage Daily News

Ketika disoal siasat ejen persekutuan pada 10 Jun lalu, lelaki itu mengakui menjadi dalang di sebalik rancangan pembunuhan berkenaan.

Berikutan itu, Denali, Kayden McIntosh, 16, dan Caleb Leyland, 19, bersama dua lagi rakan mereka ditahan dan didakwa atas pembunuhan tersebut.


Caleb Leyland
Foto: Daily Mail

Kayden McIntosh
Foto: Daily Mail

Hasil pemeriksaan mendapati Denali menghantar video serta gambar mangsa sebelum dan selepas dia dibunuh menerusi aplikasi Snapchat kepada Schilmiller.

Menurut keluarga mangsa, Cynthia mengalami masalah kesihatan mental seperti kanak-kanak berusia 12 tahun dan menyifatkan Denali sebagai kawan baiknya.


Cynthia Hoffman
Foto: Anchorage Daily News

Difahamkan, mangsa diperdaya Denali dan empat remaja lain kononnya untuk mengikuti mereka melaksanakan trip kembara ke Thunderbird Falls di Chugiak pada 2 Jun lalu.

Sejurus tiba, mangsa diikat dengan dengan pita pelekat sebelum ditembak dan mayatnya dicampak ke dalam sungai. - CARI
2

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 18-6-2019 01:57 PM
Dunia semakin gila
Quote NBM 18-6-2019 02:16 PM
kasi gantung
Quote CiliPadiSedap 18-6-2019 02:31 PM
kt malaysia whatsapp jadi platform pingpong
kat amerika snapchat jadi platform hitman

dunia makin gila
Quote EvieWanKenobi 18-6-2019 02:35 PM
tapi kenapa budak tu dibunuh?
apa salah dia?
Quote sapeka 18-6-2019 02:37 PM
dapat ke tidak duitnye tu?
Quote chinta89 18-6-2019 02:39 PM
Difahamkan, mangsa diperdaya Denali dan empat remaja lain kononnya untuk mengikuti mereka melaksanakan trip kembara ke Thunderbird Falls di Chugiak pada 2 Jun lalu.


first tiem dgr nama Chugiak
Quote ainashiqa 18-6-2019 02:51 PM
Dunia semakin gila dgn kejam.
Quote Artemesiaa 18-6-2019 02:53 PM
Jadi mental sanggup membunuh disebabkan wang tampa fikirkan bakal dihukum bila ditangkap
Quote Sazida 18-6-2019 03:15 PM
Artemesiaa replied at 18-6-2019 02:53 PM
Jadi mental sanggup membunuh disebabkan wang tampa fikirkan bakal dihukum bila ditangkap

gelap mata noksss.. mcm kes semburit..
Quote cik_nit 18-6-2019 04:44 PM
Tak memasal jadik banduan dan tak memasal jugak kawan ko tu mati. Macam2 hal...

Ni ibarat kaya atas kesengsaraan orang lain. Last2... hampeh, habuk pun tarak...
Quote sehirkedi 18-6-2019 05:32 PM
Teroknyaa lahai.. Sanggup buat macamni kat kawan baik. Betul2 psikopat.
Quote edmundo 19-6-2019 03:15 PM
This is madness
Quote Itzy 24-8-2019 09:27 AM
Biar betik si darin tu umur 21? Muka cam umur 40 sajok{:freak
Quote Itzy 24-8-2019 09:31 AM
ainashiqa replied at 18-6-2019 02:51 PM
Dunia semakin gila dgn kejam.

Dunia akhir zaman memang begitu, rahmat Allah semakin hilang dari bumi. Kiamat sangat2 dekat.
Quote moonbug 24-8-2019 11:32 AM
Senangnya bunuh orang. For no apparent reason pulak tu

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.048541 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top