Tidak habis-habis Aliff Aziz mencetuskan kontroversi di Malaysia. Dan yang terbaru Aliff Aziz kini terpalit pula dengan dakwaan mencuri duit seorang pelakon Indonesia, Raja Yunika Putri di sebuah restoran Jepun pada 7 Jun lalu.
Foto IG Memetik laporan Harian Metro Raja Yunika mendakwa artis tersebut mencuri sejumlah wang dari beg tangannya ketika mereka bertemu di sebuah restoran Jepun di Singapura pada 7 Jun lalu. Ramai yang menggesanya supaya dia menarik balik laporan polis itu, namun Raja Yunika tetap meneruskan laporan itu. "Saya menyedari wang (dolar Singapura dan Rupiah) hilang selepas kembali ke tempat duduk semasa membuat bayaran di kaunter. Saya tinggalkan beg mengandungi wang dan barang berharga di tempat duduk"
"Sudah pasti saya mengesyaki dia yang mengambilnya kerana tinggalkan beg di tempat duduk bersamanya. Saya ada memberitahunya mahu melaporkan kepada polis, namun dia mencabar saya supaya terus melaporkannya," katanya. Kesahihan berita ini masih belum diketahui. Adakah Aliff Aziz tengah kesempitan wang berikutan kontroversi yang melandanya sejak kebelakangan ini? Mari kita sama-sama nantikan apa yang sebenarnya berlaku daripada pihak Aliff Aziz sendiri. - CARI |
ikanmasin replied at 18-6-2019 09:29 PM
ke habit dia ni..
Nana_Man replied at 18-6-2019 09:34 PM
Mcm dah habit....cheater,stealer, womanizer.. siap satu pakej..
SalenaGomez replied at 18-6-2019 11:39 PM
Yang kelaka dlm report tulis occupation politician...biar betik
ADVERTISEMENT