CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Serba Tak Kena!" - Satu Hari Nanti Budaya Kunjung Mengunjung Akan Pupus Sebab..

20-6-2019 04:44 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 7600| Komen: 37|Original author: Oleh: natrahn


Saban tahun sambutan 'open house' Aidilfitri dicemari dengan insiden sedih yang dirasakan merobek kegembiran tuan rumah. Jika tahun 2018, kita dikejutkan dengan kisah TV plasma berharga RM3999 yang baru dibeli dua bulan pecah berderai dek kenakalan anak tetamu.

Selain itu, ikan hiasan di kolam tuan rumah mati kerana terlebih diberi makan serta 4 ekor anak kucing mati direndam budak-budak datang beraya. Macam-macam!

Nampaknya tahun ini insiden yang lebih kurang sama berulang apabila terdapat dakwaan kucing belaan tuan rumah menjadi lumpuh dan seterusnya mati dipercayai dihentak atau terjatuh.  Nurush Shahindah menerusi ciapan di laman sosial twitter berkongsi rasa sedih kerana kucingnya telah menjadi lumpuh akibat hentakan yang kuat, samada akibat terjatuh ataupun dipukul. 


King (nama kucing yang jadi mangsa tu) ada masalah gangguan saraf dan otot, akibat dari hentakan kuat dibahagian kepala atau tengkuk. Keesokan harinya King telah mati.

Ihsan dari Twitter Nurush Shahindah

Itu antara beberapa peristiwa yang 'mewarnai' sambutan Aidilfitri saban tahun. Perkongsian demi perkongsian insiden-insiden seperti ini sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan akan terhapusnya budaya kunjung mengunjung orang Melayu menurut @himi_warrior atau Pendekar Himi menerusi Twitternya.

Penulis bersetuju dengan Pendekar Himi budaya kunjung mengunjung ini akan berkubur begitu sahaja sebab masing-masing berasa bimbang kelakuan anak-anak kecil yang tidak dapat dijangka apabila berkunjung ke rumah orang lain. Namun begitu, penulis tetap berharap ibu bapa memainkan peranan dengan menasihati anak-anak supaya berkelakuan baik semasa di rumah orang. 

Memenuhi jemputan tuan rumah adalah suatu yang wajib jika berkelapangan dan penulis berasa ibu bapa perlu memendekkan tempoh ziarah ke rumah terbuka untuk mengelakkan anak-anak kecil mula berasa bosan dan mula 'buat perangai'.

Semoga bermanfaat. Apa pula kata anda? - CARI 

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ReginaBeauty 20-6-2019 04:54 PM
Budak2 biasalah kdg hyoeractive. As parents kena salu pantau, n if tuah rumah tegur anak2 nakal jgn la terasa hati. Idt sbb hal ni budaya ziarah time raya esp akan terus leyap ditelan zaman.
Quote dua_chzy 20-6-2019 05:25 PM
Dulu2, takda kes gini hakak rasa? Around 10-15 tahun lepas, ada ka korang nampak isu ni naik di socmed tiap kali raya?
Quote natrahn 20-6-2019 05:48 PM
dua_chzy replied at 20-6-2019 05:25 PM
Dulu2, takda kes gini hakak rasa? Around 10-15 tahun lepas, ada ka korang nampak isu ni naik di socm ...

dulu mesti ada.. cuma viral tak macam sekarang kan...
Quote lkick2113 20-6-2019 05:49 PM
dua_chzy: Dulu2, takda kes gini hakak rasa? Around 10-15 tahun lepas, ada ka korang nampak isu ni naik di socmed tiap kali raya?

Dulu tak ada socmed....tapi kalau tuan rumah duduk rumah teres buat je khemah depan tu pas tu bagi tau tetamu hanya duduk khemah je...kalau rumah apartment simpan semua electronic devices or pasu2 bunga mahal dalam bilik then kunci, hidang pakai pinggan kertas je...ok je... Ni niat tuan rumah pun kadang tak betul nak menunjuk barang beharga....lg senang buat time kerja, so tak lah bawak anak2... Settle masalah
Quote CiliPadiSedap 20-6-2019 05:51 PM
akak biasa buat open house dekat homestay depan taman playground, mana2 budak yang aktif akak tambat kat buaian tu pusing laju2. yang jaga dia orang ni sis vokuru


dari buat rumah sendiri baik sewa dewan atau homestay. renyah wei kalau rumah sendiri. penat xberbaloi kecuali memang khas untuk family je open house.

Quote awanysss 20-6-2019 05:55 PM
betul jugak kata brader tu.. skrg ni byk nau masalah ye..
Quote dua_chzy 20-6-2019 05:56 PM
lkick2113 replied at 20-6-2019 05:49 PM
Dulu tak ada socmed....tapi kalau tuan rumah duduk rumah teres buat je khemah depan tu pas tu bagi ...

Hade dah la Facebook dalam 15 tahun lepas. Tapi takda pula ummah post bebudam bunuh kucing dia masa raya.
Quote dua_chzy 20-6-2019 05:56 PM
natrahn replied at 20-6-2019 05:48 PM
dulu mesti ada.. cuma viral tak macam sekarang kan...

Dalam 10-15 tahun lepas, takda cerita begini di fesbuk.
Quote lkick2113 20-6-2019 05:57 PM
dua_chzy replied at 20-6-2019 05:56 PM
Hade dah la Facebook dalam 15 tahun lepas. Tapi takda pula ummah post bebudam bunuh kucing dia mas ...

Tak dengar tak semesti tak terjadi, cuma ummah sekarang suka merempan dalam socmed
Quote natrahn 20-6-2019 06:00 PM
lkick2113 replied at 20-6-2019 05:49 PM
Dulu tak ada socmed....tapi kalau tuan rumah duduk rumah teres buat je khemah depan tu pas tu bagi ...

rasanya bila dah jadi kes macam ni kan, elok kunci semua pintu bilik, kunci sangkar kucing, sorok makan ikan. Tutup aquarium elok-elok. Buh pagar depan tv hihihi. N kita memang kena pesan kat anak-anak kita banyak kali adab pi umah orang. Dok sat2 ja, cepat2 makan n blah.. sebelum dorang bertukar menggelajat..budak-budak kan cepat bosan..
Quote dua_chzy 20-6-2019 06:01 PM
lkick2113 replied at 20-6-2019 05:57 PM
Tak dengar tak semesti tak terjadi, cuma ummah sekarang suka merempan dalam socmed

Barangkali lah ummah dolu dok dendiam bila kucing dibunuh masa raya.
Quote lkick2113 20-6-2019 06:05 PM
natrahn replied at 20-6-2019 06:00 PM
rasanya bila dah jadi kes macam ni kan, elok kunci semua pintu bilik, kunci sangkar kucing, sorok  ...

Yup, kita tak boleh control org so kita lah kena buat countermeasure dia, susah2 tak payah buat
Quote Sham143 20-6-2019 06:16 PM
Edited by Sham143 at 20-6-2019 08:36 PM

Tuan rumah menjemput bukan memaksa suruh dtg open house.. So, kalau tk boleh nk jaga dn control anak lebih baik jangan datang.. atau pun jangan bawa anak sekali..Simple aje..
Quote cyber_mania 20-6-2019 06:45 PM
Org mmg faham budak2 mmg aktif, susah nk dikawal suma tu. Yg orang selalu marah ialah sikap mak ayah budak2 tu yg lepas tangan malas nk jaga betul2
Quote adila39 20-6-2019 06:46 PM
Edited by adila39 at 20-6-2019 10:49 AM

adalah lebih afdal... beri duit lebih tu kat keluarga yg memerlukan.. brg brg sekolah, makanan. atau bagi kat anak yatim. perangai sy agak pelik..mak selalu kata i x campur org... i hanya bg duit raya kat anak buah.. which anak adik2 shj. relatives i x bagi. Sbb parents kaya. Tapi i bagi kat anak pakcik i yg ramai yg duk kat kg. Open house pun x buat.. wlu ramai dtg tgk mak.. masak apa kami makan tu lah. So klu buat bagi org makan lepas tu mcm mcm cerita... xd pahala pun.. plus menambah dosa mengata org. X faham org kita skrg semua serba x kena.. baik duit tu kita bagi kat org yg lebih perlukan. But sadly trend, the more often u buat open house itulah fav rumah utk pegi. I x pegi memana open house. Tapi i pegi umah staff, kakak cleaner and pakcik i yg x kaya sgt. Yg kaya ni i buat lupa je. Just x faham open house now apa motif.. silaturahim atau mengata.. apatah lg parents zaman skrg pun.. agak pelik.
Quote am2020 20-6-2019 07:04 PM
mak balak budak2 sekarang terlalu manjakan anak2.tu budak2 sekarang byk kurang ajar..kalu awak dulu2..mak bapak jegil biji mata pon dah cukup..mmg terus senyap...
Quote imissmyseoul 20-6-2019 10:48 PM
natrahn replied at 20-6-2019 06:00 PM
rasanya bila dah jadi kes macam ni kan, elok kunci semua pintu bilik, kunci sangkar kucing, sorok  ...

Pendapat i, tetamu yg dtg perlu sesuaikan diri dgn rumah yg diziarahi...sbg tetamu, patutnya hormat tuan rumah...bkn tuan rumah yg kn ikut keadaan tetamu...kawal  anak2..yg jadi isu skrg parents lepas tgn byk sgt...
Quote imissmyseoul 20-6-2019 10:49 PM
adila39 replied at 20-6-2019 06:46 PM
adalah lebih afdal... beri duit lebih tu kat keluarga yg memerlukan.. brg brg sekolah, makanan. atau ...

Alhamdulillah...bagus sis
Quote RatuDunia94 21-6-2019 02:05 AM
natrahn replied at 20-6-2019 06:00 PM
rasanya bila dah jadi kes macam ni kan, elok kunci semua pintu bilik, kunci sangkar kucing, sorok  ...

Pintu bilik tuan rumah x kunci n biarkan terbuka sikit supaya tetamu perasan tuan rumah pakai tilam vono n ada TV LCD dlm bilik n da air cond. Sementara ikan mahal2 dlm aquarium juga utk tontonan pd tetamu. Kucing mahal2 baka luar negara utk buat tetamu jeles dgn kemampuan tuan rumah memilikinya.. termasuk lah pinggan2 mahal dlm almari kaca yg sengaja tak dikunci supaya ada tetamu yg buka pintunya dan ternampak tag harga dan brand pinggan2 itu. Selain itu himpunan koleksi kereta2 mini atau replika2 avengers or transformer or watak2 marvel perlu ditayangkan di ruang tamu untuk totonan tetamu supaya ada anak2 mereka yg meronta2 minta dibelikan replika2 itu.. sambil2 tu tuan rumah boleh cakap "koleksi2 tu i belikan anak i ordr dr US. Ribu2 juga harga nya.  Ada yg cecah puluhan ribu... sekian.. itu lah fungsinya sebuah OPEN HOUSE di zaman moden ini..

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.220090 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top