Selalunya dulu-dulu, imej guru di sekolah pastilah seorang yang tua dan kelihatan seperti bapa orang kerana riak wajahnya yang garang. Tapi kini, kian ramai guru sekolah yang kelihatan muda dan segak bergaya. Menambah semangat pelajar pergi ke sekolah untuk menuntut ilmu.
Sama juga tweet seorang lelaki ini yang tular kerana memiliki rupa paras segak. Tweet itu dia menceritakan hari pertamanya bertugas sebagai guru pelatih Bahasa Inggeris di sebuah sekolah rendah di sekitar Selangor telah berjalan dengan lancar. Tweet Fildza Daniel, 21, ini telah diulang kicau sebanyak tiga ribu kali dan mempunyai lebih daripada 10 ribu 'Like'.
Selepas diselidik, rupanya Fildza juga merupakan pengasas kepada produk kecantikan yang dinamakan sebagai 'skinstories' dan turut sibuk mempromosikan produknya itu di kaca televisyen. Baru 21, tetapi dah jadi guru dan pengasas produk kecantikan, hebat betul! - CARI
|
RoulRule replied at 19-6-2019 11:55 AM
biasa la cikgu praktikal lawa/hensem ni...lain la kalu cikgu tu dah kahwin anak 2@3 orng tp masih la ...
ADVERTISEMENT