Gelagat seorang budak yang mandi di dalam lopak air tular di Facebook. Kejadian yang berlaku pada jam 6.30 petang itu menyaksikan Putera Muhammad Shafi'e Sak'ma, 7, mandi dalam lopak berdekatan dengan tempat ibunya mengajar di Sekolah Agama Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram, Johor.
“Dia kata saya tidak bawa dia mandi kolam. Jadi dia terjun dalam lopak air itu," kata Rozita Abdul Razak, 39. “Memang setiap hari, apabila saja pulang dari sekolahnya, pemandu bas akan memberhentikan anak saya di tempat saya mengajar. “Ada rakan memberitahu saya yang anak saya main air di luar sekolah. Namun, saya tidak sangka yang dia mahu terjun dalam lopak air berikutan hujan sebelum itu."
Harian Metro melaporkan, kanak-kanak tersebut memang aktif dan suka bermain air. "Pantang nampak air, dia memang orang pertama yang akan teruja terlebih dahulu. Kalau dekat kampung, air hujan yang turun dari atap rumah dia akan 'mandi' dulu. “Kami tidak akan halang untuk dia bermain. Bagi kami ia adalah proses terpenting dalam proses pembesaran selagi ia tidak mendatang kemudaratan kepada mereka sendiri.” -CARI
|
ADVERTISEMENT