Sering kali memuat naik posting berbaur provokasi, terbaru ucapan sempena Hari Bapa peguam Asiah Abdul Jalil membuat warganet terhibur. Manakan tidak, manis betul pujiannya terhadap encik suami, Mohd Hatta Bin Saadon sedangkan Asiah sebelum ini sering kali berkongsi mengenai perselisihan fahaman politik antara mereka suami isteri di Facebook. Walaupun manis di permulaan ucapannya, namun diselitkan jua rasa tidak puas hati mengenai perubahan pada suaminya yang memilih untuk menjadi 'pak lebai'. "Anehnya, sambil bergaduh sambil tambah umat" Asiah juga menekankan betapa dia tidak menyenangi 'unsur lebai' dalam diri suaminya itu. Bagaimanapun, beliau tidak menafikan Hatta seorang bapa yang baik dan tiada tolok bandingnya. Dalam perkongsiannya, Asiah menyatakan betapa dia mencintai suaminya itu walaupun mereka sering bergaduh. Katanya, dalam masa tiga ke empat tahun lagi mereka bakal sibuk dengan urusan perkahwinan anak-anak pula. Cepatnya masa berlalu! Membaca ucapannya itu, segelintir warganet akui ia perkongsian paling romantik pernah dimuat naik Asiah. Adudu, tak sangka Asiah boleh juga mengarang ayat-ayat romantis di laman sosial ya? - CARI
|
kucingitam: bukan ritu dia kata nak cerai sbb suami suruh dia sembahyang..
kucingitam replied at 19-6-2019 02:02 PM
bukan ritu dia kata nak cerai sbb suami suruh dia sembahyang..
NadaDeafah replied at 19-6-2019 07:53 AM
asiah x suke pak lebai tapi dia tu tudung mengalahkan ustazah..
NadaDeafah replied at 19-6-2019 03:53 PM
asiah x suke pak lebai tapi dia tu tudung mengalahkan ustazah..
mizZue replied at 20-6-2019 08:04 AM
Walau ank ramai..keje mmg menuntut dia kesana sini..masak ,kemas semua ank2 dia okeyyy..maid dtg utk ...
ADVERTISEMENT