CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bintang Youtube Ini Pernah Hidup Susah Cari Duit Sampai Ke Malaysia, Kini No 1 Di Asia

22-6-2019 10:45 AM| Diterbitkan: NmeeraR| Dilihat: 15970| Komen: 43|Original author: Oleh: nameera

Jika anda seorang Youtuber atau gemar menonton vlog, sudah pasti anda mengenali Atta Halilintar atau 11 beradik Gen Halilintar.  Atta Halilintar merupakan anak pertama dari 11 beradik Gen Halilintar. 

Kredit Foto: Atta Halilintar


Sebelum ini, Gen Halilintar pernah viral di Malaysia kerana lagu "cover" dari mereka 11 beradik yang berjaya menarik hati penonton. Kini, keluarga besar ini sudah pun menjadi bintang Youtube popular dengan 10 Juta subscribers


Bahkan, channel Youtube Atta Halilintar juga  sudah hampir kepada 17 Juta subscribers sekaligus menjadikan anak pertama dari keluarga Gen Halilintar ini menjadi NOMBOR 1 DI ASIA. 


Atta Halilintar yang pernah berkongsi kehidupannya menyatakan, dia pernah menjalani kehidupan yang serba kekurangan sebelum bergelar Bintang Youtube Popular.

Hal itu membuatkan dia terpaksa berniaga di terminal pengangkutan awam dan berhijrah ke Malaysia demi mencari rezeki.

Menurut laporan Tribunnews, dalam temubual program Okay Bos, Atta, 24, berkongsi kesulitan hidup yang pernah dilalui olehnya sebelum ini.

"Saya pernah berkongsi foto yang diambil 10 tahun lalu ketika saya sedang berniaga sim kad telefon di terminal-terminal.

"Dulu semasa keluarga saya dalam kesusahan dan ada masalah, saya ambil keputusan pindah ke Malaysia dan turut menjalankan perniagaan di negara orang," katanya.

Atta Halilintar dengan  tagline "Ashiaaap!" sudah sebati dalam kalangan perminat. Di dalam channel Youtube-nya, Atta menerapkan pelbagai content menarik yang lucu di samping  pengisian yang positif dan penuh inspirasi.


Selain itu, terlihat harta kekayaan Atta dari beberapa video di channel Youtube-nya, namun dia sering  menjelaskan ia adalah usaha dari duit sendiri, dan bukannya duit orang tua. 

Melalui video di channel Youtube beliau, Atta pernah berpesan kepada penonton seolah-olah menyatakan agar sentiasa mengutamakan ibu bapa dalam apa jua keadaan sekali pun dan restu orang tua itu penting.

Kini, Atta juga sukses dalam bidang perniagaan. 


Semoga segala positif Atta memberi inspirasi kepada kita. - CARI

GEN HALILINTAR - ZIGGY ZAGGA (Music Video) | 11 Kids + Parents [100 Juta Views]

5

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 22-6-2019 11:56 AM
macamana aku tak tau pun kewujudan bintang youtube tersohor  asia?
Quote Sazida 22-6-2019 12:01 PM
mengandung 10bulan..mak dia alien ke ape??
Quote nuril86 22-6-2019 12:25 PM
dorg punye kaya ni lain macam......
Quote meow_tompok 22-6-2019 01:26 PM
nuril86: dorg punye kaya ni lain macam......


lain macam yg macam mana? sorry mmg tak kenal org ni
Quote ikanmasin 22-6-2019 01:29 PM
lain mcm pl ngandung mau 10 bulan ..tp serius
akk tak tau pun diaorg ni femes kalau tak baca kat sini..
Quote shroom_5 22-6-2019 01:35 PM
Tak pernah dgr pulak
Quote giyomi 22-6-2019 01:37 PM
akak terpaksa who the hell are yusss...wlpon akak gemar nengok utube, tp akak tak kuasa nak tgk vlog bagai. vlog akak sendiri lagi vogue, tp not to be seen by the world
Quote minahsenget 22-6-2019 01:41 PM
Halilintar???
Quote babaicute88 22-6-2019 02:05 PM
Sazida: mengandung 10bulan..mak dia alien ke ape??

Biasa le tu..overdue maksudnya...cuma dia xtau istilah tu.  Kita pregnant 40 minggu bersamaan dgn 10 bulan. Cuma ada yg jenis bersalin awal,37 minggu 38 minggu..dah beranakass
Quote Mfzg89 22-6-2019 03:21 PM
Mat indon ni dah kantoi beli subs tapi x ngaku... Subs naik laju gile vavi tapi view tiap video gitu2 je... {:cryrun
Quote MissMamamia75 22-6-2019 03:29 PM
Baru ku tau kewujudan mereka{:childlike
Moga terus success..seronok tgk familinya bersatu padu round the world dgn minat yg sama
Quote Lengkong 22-6-2019 03:31 PM
Tahniah dah berjaya

Quote CikB 22-6-2019 07:15 PM
x kenal pun ni baru tahu
Quote babaicute88 22-6-2019 08:09 PM
Best tgk deme 1 keluarga bergabung menyanyi dan menari.
Quote CiliPadiSedap 22-6-2019 08:18 PM
Sazida: mengandung 10bulan..mak dia alien ke ape??

Sis vokuru mamalia yang bertelur.
Quote puding_caramel 22-6-2019 10:39 PM
Sori x kenal. Mebi dia x muncul di utube recommended aii
Quote dani-rox 22-6-2019 11:30 PM
akak dok kat asia jugekk, apasal tak pernah dengar nama pun?
Quote alinone78 22-6-2019 11:40 PM
terus ku buka youtube memalam ni layan halilintar
Quote ceri_pink 23-6-2019 10:57 AM
babaicute88 replied at 22-6-2019 02:05 PM
Biasa le tu..overdue maksudnya...cuma dia xtau istilah tu.  Kita pregnant 40 minggu bersamaan dgn  ...

40minggu bersamaan 9bulan 10hari. Sebab sebulan kan ada 4minggu + 2@3 hari..orang selalu anggap bersalin time 40w tu dengan 10bulan.

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 10:15 PM GMT+8 , Processed in 0.115218 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top