CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Pernah Hilang Punca Bila Suami Sah Skizofrenia" - Fynn Jamal Luah Cabaran Jaga Suami

21-6-2019 03:15 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 37502| Komen: 191|Original author: Oleh: LilRose

"2018, tahun paling mencabar bagi kita. Diuji dengan masalah kesihatan, perniagaan jatuh dan cinta berderai."

Penyanyi Fynn Jamal yang sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana mengeluarkan kenyataan mengelirukan mengenai hukum agama berkongsi luahan hatinya mengenai cabaran menjaga suami menghidap skizofrenia.



Kredit foto: IG Fynn Jamal

Malah, dia akui hilang punca apabila suaminya, Hazrilfitri Hadzir disahkan menghidap skizofrenia pada tahun itu.

Menurut Fynn atau nama sebenarnya Affina Yanti Jamalludin, 36, ia satu cabaran berat memandangkan dia yang terbiasa dimanjakan suami terpaksa menguruskan keluarga bersendirian.

"Bila suami tercinta diduga dengan kesihatan, aku jadi hilang punca. 

"Aku isteri yang terlalu dimanja, tak reti buat apa-apa sebab semua dia lakukan," tulisnya di Instagram. 



Kredit foto: IG Fynn Jamal

Luah Fynn, dia mampu menghadapinya kerana melihat bagaimana bapana menyantuni arwah ibu yang terlantar kerana kanser.

Dia berazam untuk melakukan yang sama untuk suaminya sebagai bukti cintanya.

Fynn tidak menafikan, perasaan ragu-ragu pernah terdetik di hatinya sama ada dia sanggup bertahan atau tidak.


Kredit foto: IG Fynn Jamal

Bukan tidak sanggup menjaga atau perasaan setia memudar, sebaliknya Fynn bimbangkan keselamatan diri dan anak.

Katanya, dia banyak diberi petunjuk daripada Allah supaya bertahan dan kesabarannya dibayar tunai apabila kesihatan suaminya semakin pulih.


Kredit foto: IG Fynn Jamal

Hebat juga dugaan hidupnya. Semoga kesihatan suami Fynn semakin baik. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aemon 21-6-2019 03:25 PM
bewok pon boleh ada penyakit macam ni?ingatkan makan tidur main je.
Quote prettyuglybabe 21-6-2019 03:26 PM
damage control
Quote Redhead 21-6-2019 03:28 PM
Edited by Redhead at 21-6-2019 03:33 PM

Ganja dadah kuat sgt la ni smpai otak pun celaru bkacau..
Quote SherryZass 21-6-2019 03:28 PM
Ada lagi gosip dia, makin naik le nama dia
Quote tulanglampai 21-6-2019 03:29 PM
semoga dipermudahkan segala urusan ya
Quote iwansa 21-6-2019 03:38 PM
aku harap tak le dia tetiba free hair sbb rasa terbeban..
Quote Duta lover 21-6-2019 03:43 PM
Hope kalau bukak braces... Nanti xdela tetiba bukak purdah ye.. Sambil bgtau dalil mcm2.. Niqab x wajib sgala.  Kih2
Quote manehnya 21-6-2019 03:45 PM
apa pekerjaan laki dia actually?
Quote Lorra2411 21-6-2019 03:51 PM
nak tutup kes dia pasal bagi fatwa mengarut lettuw. mcm lah orang taktau perangai kau kokspin
Quote natrahn 21-6-2019 04:01 PM
manehnya replied at 21-6-2019 03:45 PM
apa pekerjaan laki dia actually?

Suami dia bekas pramugara..pastu jadi full time house husband masa Fynn kat Rusia. Kat sana Fynn jadi cikgu Bahasa Inggeris. Balik sini dorang buat bisnes pulak.
Quote serinegara 21-6-2019 04:04 PM
Kenapa si spin ni kata “tak reti buat apa-apa sebab semua dia (the hubby) lakukan”?

I thought memang si spin ni dari dulu sampai sekarang memang dia je lagi banyak buek kojo.



Quote Sasakim 21-6-2019 04:06 PM
fynn dia ni pakai braces ke??
Quote azwanaliori 21-6-2019 04:06 PM
Nk cite suami sakit ke nk cite brand dah capai hit million ( untung?) mampoo beli banglo?

Smbil nyelam minum air gitewh
Quote azwanaliori 21-6-2019 04:07 PM
serinegara replied at 21-6-2019 08:04 AM
Kenapa si spin ni kata “tak reti buat apa-apa sebab semua dia (the hubby) lakukan”?

I thought m ...

Nk tunjuk cm dia dimanjakan ala ala pwincesh giteh
Quote kucingitam 21-6-2019 04:07 PM
ni nak minta simpati sebab kena kecam pasal sesukati bagi pendapat mcm ustajah ke apa ni?
Quote alaa 21-6-2019 04:07 PM
nak tutup kes lettewwwww.......
Quote wanokakaka 21-6-2019 04:09 PM
serinegara replied at 21-6-2019 04:04 PM
Kenapa si spin ni kata “tak reti buat apa-apa sebab semua dia (the hubby) lakukan”?

I thought m ...

hei nak ckp la laki dia ada gunanya jugak walauapun biawak
Quote sitisitu25 21-6-2019 04:09 PM
abis org sekeliling jenis sakit2 belaka kek spin..elok chuols mandi bwh jambatan jela yek..buang suwei tu cket..
Quote huehue 21-6-2019 04:09 PM
Okay takziah kena jaga suami sakit dan kena jaga anak anak.

Tapi tetap meolls tak suka kokspin spin spin ni. Disebabkan kokspin lah iolls register cari ni.

Lihat semua komen(191)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.187148 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top