Awasi anak anda! Sekian kalinya hal tersebut disuarakan oleh ramai warganet kepada para ibu bapa ketika membawa anak ke tempat awam.
Sebuah posting di Twitter menunjukkan seorang kanak-kanak tersepit jari pada eskalator di sebuah pasar raya di Bintulu, Sarawak menarik perhatian ramai. Selain bersimpati, warganet turut mengingatkan ibu bapa agar tidak mengabaikan keselamatan anak-anak. “Kepada ibu bapa sila pantau anak anda. Kes berlaku di sebuah pasar raya di Bintulu. Seorang kanak-kanak tersepit tangan ketika menaiki eskalator,” tulis 999 Malaysia di laman sosial Twitter. Ramai di kalangan warganet yang mempersoalkan mengapa hal sedemikian boleh menimpa si kecil itu.
Mereka turut memberi cadangan agar ibu bapa moden ini diberikan kursus penjagaan pada masa hadapan agar masalah serupa tidak berulang. “Anak kecil sebesar itu tak salah. Yang salah ibu bapa tak jaga anak elok-elok. Lain kali Malaysia kena ada kursus penjagaan anak. Tak lulus kursus itu jangan beranak, jangan mengandung, jangan ambil anak angkat,” tulis satu komen warganet. - CARI
|
merrissa replied at 21-6-2019 04:55 PM
mesti anak baru pandai jalan.....dia nak ajar anak dia naik benda ni..tp kasut anak dia terseradung ...
mamarock replied at 21-6-2019 10:06 PM
Sepatutnya peganglah kedua belah tangan anak tu sebab masih kecil lagi dan baru pandai berjalan..b ...
ADVERTISEMENT