CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tunjuk Lagak Dengan Aksi Drift Sampai Berkepul Asap, Rupanya Kereta Sewa

21-6-2019 05:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 8513| Komen: 43

Amboi! Bergaya habis dan tunjuk lagak dengan kereta sewa rupanya.

Begitulah antara reaksi warganet apabila seorang lelaki didapati menunjukkan kehebatannya melakukan aksi drift menggunakan sebuah kereta Myvi.


Video dia membawa kereta berkenaan menjadi tular di laman sosial sekaligus mengundang kecaman ramai pihak. 


Ini kerana lelaki itu didakwa menggunakan kereta sewa bagi menunjukkan aksi ala filem itu. Bagaimana pula jika ia membawa kerosakan pada kenderaaan berkenaan nanti? Itu antara yang diperkatakan oleh warganet. 

Membawa kereta tersebut secara berpusing dengan menghasilkan bunyi yang kuat, video berdurasi 0.27 saat itu turut memaparkan bagaimana aksi drift tersebut menyebabkan asap yang tebal pada tayar. 



Difahamkan, lelaki berkenaan merupakan pelajar yang menuntut di universiti di Lembah Klang. 

Warganet turut berharap video itu dapat dibawa ke pengetahuan pemilik sebenar kenderaan tersebut. - CARI 

3

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Mfzg89

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 21-6-2019 06:00 PM
Edited by msdummy.2018 at 21-6-2019 06:01 PM

viral..jgn tak viral....nk sangat jd mcm mak datin CRS & budak family mart tuh kan...last2 makan diri
Quote Pink_Purple 21-6-2019 06:09 PM
harap polis tangkap kerana membawa secara merbahaya
Quote munchkin 21-6-2019 06:19 PM
Benda macam ni aku sokong viral. Benda benda buat jahat pada masyarakat. Benda benda jenayah.
Quote singajantan 21-6-2019 06:21 PM
Budak UIA? Tp perangai semacam...ni unuversiti Maszlee kan?
Quote Artemesiaa 21-6-2019 06:22 PM
Bukan hak sendiri sebab tu tak peduli eloklah ada yang tularkan
Quote arm_band 21-6-2019 07:01 PM
yang part last berasap2 tu kenapa?

ni lagi sekor nak jadi wanted. tak padan ngan nama mahasiswa
Quote cikkatak 21-6-2019 08:08 PM
Ni pun layak viralkan. Haram jadah sungguh perangai. Mohon owner kereta buat report boleh tuntut kerosakkan ganti rugi kete tu.
Quote ikanmasin 21-6-2019 08:31 PM
sesuai sgt kasi viral benda2 mcm ni.sesuka ati nye je
kalau kereta sendiri takper
Quote Farhaz 21-6-2019 08:56 PM
Ape kena la dengan budak ni???
Quote schabella 21-6-2019 09:04 PM
Tak guna punya org.. {:dot
Quote aleesyasofia 21-6-2019 09:35 PM
teruknya perangai.. merosakkan harta benda org..
Quote Otaku85 21-6-2019 10:20 PM
Dah takde nak duit main drift
Quote Otaku85 21-6-2019 10:20 PM
Dah takde nak duit main drift
Quote susukambingbest 21-6-2019 10:28 PM
Knon2 nk release tnsion study la tu nk tnjuk lagak kt member2. Xde duit guna reta sndiri, habis dijahanamkn reta org, dasarrr
Quote bungarose 21-6-2019 10:32 PM
Manusia bodow tak civilize cengginih eloknyer duduk hutan
Quote mamarock 21-6-2019 10:33 PM
Belajar tinggi-tinggi tapi masih ada sikap tak bertanggungjawab
Quote Foxey 22-6-2019 12:10 AM
Konon nak tunjuk terer tapi dapat kecaman je. Padan muka
Quote boojaat 22-6-2019 12:44 AM
Hebatnya myvi
Quote cHimo 22-6-2019 01:11 AM
Rip clutch myvi tuh....

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.129779 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top