Pastinya setiap dari kita pernah bermain sorok-sorok semasa kecil bukan? Permainan 'hide and seek' ini melibatkan 2 orang atau lebih pemain di mana seorang pemain akan menutup matanya dan membuat kiraan dari 1 hingga 10, kemudian pemain-pemain lain akan berpecah mencari tempat persembunyian.
Apabila kiraan tamat, pemain yang menutup matanya tadi akan mula mencari pemain-pemain lain yang bersembunyi. Jika mereka berjaya dijumpai, mereka dikira kalah dalam permainan. Di Jepun, ada sebuah permainan seakan sama dengan permainan sorok-sorok ini mula dicipta sekitar tahun 2007 yang diberi nama Hitori Kakurenbo. Permainan ini masih menjadi misteri dan lagenda sehingga ke hari ini kerana permainan ini hanya melibatkan manusia dan hantu!
Walaupun ia digelar sebagai permainan, namun ia sebenarnya lebih kepada satu ritual yang memanggil semangat atau roh orang yang sudah meninggal dunia (seperti dalam permainan Spirit of the Coin) untuk masuk ke dalam badan anak patung yang disediakan sebagai perantara antara manusia dengan roh dan kemudian memulakan permainan. Ada beberapa ritual dan peraturan yang perlu diikuti sebelum permainan dimulakan. Terdapat pelbagai variasi kaedah permainan ini dilakukan. Namun walau apa jua kaedahnya, pemain perlu bermain dengan serius dan bersembunyi dengan baik supaya tidak ditemukan oleh si 'hantu' yang telah mengambil alih badan anak patung yang digunakan di dalam ritual tersebut. Anak patung itu akan ditinggalkan di dalam bilik air dan pemain akan berlari mencari tempat persembunyian dalam kiraan 1 hingga 10. Sepanjang persembunyian pemain, akan terdapat pelbagai kejadian menyeramkan tetapi pemain sebolehnya berusaha untuk tetap bersembunyi tanpa sebarang bunyi. Jika ditemukan oleh hantu tersebut, pemain akan ditusuk oleh objek tajam yang digunakan di dalam ritual permainan pada awalnya! Ada juga yang mengatakan, setelah tempat persembunyian pemain ditemukan, roh jahat itu akan menguasai tubuh pemain. Gila! Syarat di dalam permainan ini adalah pemain tidak boleh sesuka hati menamatkan permainan hanya kerana takut dengan pelbagai gangguan. Jika pemain merasakan keadaannya makin terancam dan tempat persembunyiannya hampir diketahui oleh roh jahat tersebut, dia mesti berlari dan mencari semula patung yang ditinggalkan pada awal permainan dan setelah menjumpai patung tersebut, dia mesti menjerit 'Aku Menang!' sebanyak 3 kali. Kemudian patung tersebut akan dibakar untuk menamatkan permainan seram itu. Namun yang menjadi masalah besar adalah dikatakan patung itu yang telah dikuasai roh jahat akan berpindah-pindah tempat dan menyukarkan pemain untuk mencarinya! Walaupun pemain berjaya menang dalam permainan tersebut, namun banyak yang mencubanya telah mengalami gangguan emosi, depresi, trauma dan pelbagai lagi masalah mental disebabkan pengalaman ngeri yang dilalui ketika bermain Hitori Kakurenbo kerana pemain bukan bermain dengan manusia tetapi Hantu! Layar perak Indonesia yang sememangnya terkenal dengan terbitan filem-filem seram juga telah menghasilkan sebuah filem seram bertajuk "Hide & Seek Minako" yang diadaptasi dari permainan Hitori Kakurenbo dan telah ditayangkan pada awal tahun 2019 baru-baru ini. Tapi ingat! Jangan sesekali mencuba permainan ini kerana ia bukan sahaja syirik dan berdosa besar, tetapi ia juga boleh membunuh dan memudaratkan anda! Apa kata anda tentang permainan misteri dan seram dari Jepun ini? - CARI
|
RatuDunia94 replied at 10-7-2019 03:39 PM
Filem Indon ke tu?
Hearty_Winter: tengok gaya bahasa indon le tu...tapi tak lawan cite hantu indon dulu2 kan... sundel bolong la ape laa... yg tebaru skrg agak merapu meraban je
natrahn replied at 11-7-2019 12:14 AM
pelakon yg jadi hantu sundel bolong tu khabarnya mengamalkan ilmu hitam. Dah mati pun suami dia ...
fifie_olin replied at 11-7-2019 12:11 PM
suzana tu ke
natrahn replied at 11-7-2019 12:14 AM
pelakon yg jadi hantu sundel bolong tu khabarnya mengamalkan ilmu hitam. Dah mati pun suami dia ...
natrahn replied at 11-7-2019 12:44 PM
aah.. ni ha kisah dia
http://lillysuryanimisterius.blogspot.com/2013/10/kisah-kematian-suzanna ...
ADVERTISEMENT