Seperti yang kita semua sedia maklum, kelkatu merupakan sejenis serangga yang sangat sukakan cahaya. Kita seringkali dapat melihat pemandangan lampu dikerumuni oleh kelkatu pada waktu malam, selalunya sebelum atau selepas hujan dan ianya pasti menjengkelkan kerana banyak sayap kelkatu jatuh di lantai pada keesokan pagi!
Ya, kelkatu merupakan satu peringkat dalam kitaran hidup anai-anai. Anai-anai hidup di dalam koloni yang besar di dalam sarang. Telur anai-anai akan menetas menjadi larva dan masih tidak mampu untuk makan sendiri. Masa dan cara pemakanan larva inilah yang akan menentukan laluan mereka untuk membentuk kasta-kasta yang sesuai. Anai-anai mempunyai 3 kasta iaitu Pekerja, Askar dan Pembiak. Pekerja Anai-anai ini bertugas melakukan kerja seharian untuk koloni anai-anai termasuk memberi makan kepada anak anai-anai, menjaga ratu, membaiki sarang, mencari makanan dan tugas-tugas lain. Anai-anai inilah yang kita lihat sering memakan kayu-kayu perabot di rumah! Askar Tugas utama anai-anai berstatus askar cuma satu sahaja iaitu melindungi koloninya. Mereka sangat hebat dalam pertahanan. Cara untuk mengenal fizikal anai-anai ini adalah ada objek tajam berwarna hitam di bahagian depan kepalanya. Kedua-dua askar dan pekerja ini berkongsi satu persamaan iaitu mereka buta! Mereka berkomunikasi menggunakan signal kimia dan getaran yang dihasilkan melalui hentakan kepala. Pembiak Anai-anai pembiak ini lah yang kita namakan kelkatu. Anai-anai ini jarang dihasilkan dan selalunya satu-satu koloni mengambil masa lebih dari 4 tahun untuk menghasilkan kelkatu. Kelkatu merupakan anai-anai yang bersayap dan bermata. Mereka akan terbang keluar dari sarang apabila sudah matang untuk mencari pasangan dan membina koloni baru. Setelah berjaya mendapatkan pasangan, pasangan kelkatu ini akan jatuh ke tanah, menanggalkan sayapnya dan bergerak mencari kawasan baru di tanah/kayu untuk membina sarang/koloni baru. Kelkatu jantan akan menjadi raja dan kelkatu betina akan menjadi permaisuri bagi koloni baru yang dibentuknya. Walaupun kelkatu dihasilkan dalam jumlah yang banyak, namun hanya sedikit sahaja yang dapat meneruskan hidup kerana adanya pelbagai ancaman dari luar sepanjang proses mereka ingin membina koloni baru. Contohnya dimakan oleh cicak, katak, ancaman manusia dan lain-lain. Subhanallah. Sungguh hebat ciptaan Allah. Adakah anda baru tahu sebenarnya kelkatu adalah anai-anai? - CARI
|
8
Bagus |
6
Marah |
4
Terkejut |
3
Sedih |
6
Lawak |
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kucingitam replied at 26-6-2019 11:41 AM
macam mana boleh ada raja dan queen ye..adekah memang berketurunan raja atau sebab dia besar dr yang ...
umbut replied at 26-6-2019 11:41 AM
Yup.. kelkatu tu pun anai2. Gerammmmmm.. habis anai2 makan kabinet dapur.. aku sembur dgn racun anai ...
krustykrab replied at 26-6-2019 12:15 PM
Mungkin cara pemakaian baju tradisi dia berbeza dr kasta pekerja dan askar...
Boomibulat replied at 26-6-2019 12:37 PM
Dulu2 kat kg klu mlm tu keluar kelkatu,esk tu penuh la sungai bdk2 mancing.ikan kg suka mkn kelkatu. ...
kucingitam replied at 26-6-2019 11:41 AM
macam mana boleh ada raja dan queen ye..adekah memang berketurunan raja atau sebab dia besar dr yang ...
ADVERTISEMENT