CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kawasan Setinggan Ini Tempat Nombor 1 Paling Popular Di India, Kalahkan Taj Mahal

8-7-2019 03:30 PM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 7185| Komen: 30|Original author: Oleh: Nia M

India merupakan salah satu negara destinasi tumpuan pelancong. Antara tempat popular yang sering disebut-sebut ialah Taj Mahal.




Namun, ada lokasi di India yang katanya berjaya mengalahkan Taj Mahal sebagai lokasi nombor 1 paling popular dalam kalangan pelancong. 

Tempat yang dimaksudkan ialah Dharavi yang merupakan kawasan setinggan sahaja! Percaya atau tidak, ironinya, ia terletak di Mumbai, iaitu sebuah bandar tempat tinggal golongan jutawan di India. 



Dharavi ialah antara kawasan setinggan yang paling besar di India. Ia juga merupakan antara kawasan yang paling padat di dunia, dengan jumlah penduduk lebih kurang 1 juta, dengan keluasan hanya 2.1 kilometer persegi. 

Apa yang menariknya ialah kawasan Dharavi pernah digunakan sebagai latar belakang filem terkenal Slumdog Millionaire yang ditayangkan pada tahun 2008.

Para pelancong yang datang ke India kini menjadikan Dharavi sebagai salah satu tempat wajib untuk mereka lawati walaupun tempat itu sangat kotor dan ditimbuni sampah-sarap, serta pelancong terdedah kepada jangkitan dan sebagainya. 

Disebabkan oleh sumber air bersih yang terhad, penduduknya terpaksa buang air di sungai tempatan  iaitu sungai Mahim Creek. Penduduk Dharavi kebanyakannya menghidap kanser paru-paru, tuberkulosis dan asma akibat kebersihan yang tidak terjaga. 

Jom saksikan bagaimana rupa kawasan Dharavi melalui video yang dikongsikan ini.


Apa pendapat anda? Adakah anda juga berminat untuk melawat ke Dharavi jika berkunjung ke India? - CARI 
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • TonyCaruso

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 8-7-2019 03:37 PM
Setinggal=setinggan+tempat tinggal...?
Quote Artemesiaa 8-7-2019 03:41 PM
Biasalah jika sesuatu tempat tu pernah dijadikan lokasi filem mesti ada yang nak tengok sendiri kawasan tu untuk memastikan adakah ia sama seperti digambarkan
Quote Beribear 8-7-2019 03:52 PM
Ada tengok citer bolywood ni tp tak femes sgt kot. Lokasi shooting kat uttarakhand. Lawa giler tempat tu. Tempat mengalir sungai gangga yg belum tercemar. Cantik mcm kat kashmir. Teringin nak ke sana. Tp tempat slm artikel ni, ermmm better tak payah la. Silap2 boleh dpt penyakit pulak
Quote GigaMom 8-7-2019 04:11 PM
Mungkin x kan pergi
Tpt besar cenonet cenggitu muat 1juta org
Kiri kanan tengik bawang
Oooh x...
Quote Supersirap 8-7-2019 04:15 PM
thanks for the info
Quote united_holland 8-7-2019 04:39 PM
Tak berminat nak pi tengok sendiri, cukup lah tgk video yg tt share ni..hihi..tp lepas tengok video ni rasa bersyukur sgt tinggal kat Malaysia..i pernah pi mumbai sekali, otw nk pi opis customer ada lalu area apa ntah tak ingat, sepanjang jalan tu diorg memang tinggal dlm kemah..ada sungai kecik kat situ, dari tepi jalan boleh nampak baju2 berjemur kat tepi2 kemah..ada periuk belanga jugak, agaknya situ lah tempat diorg tdo, masak n buang air..huhu
Quote EvieWanKenobi 8-7-2019 04:46 PM
rumah betul2 sebelah rel keretapi..
Quote Aliaskotonggo 8-7-2019 04:49 PM
kalau dalam cerita boliwood semuanya kat banda2 besar, bangunan cantik, rumah besar, jalan bersih sekor lembu pun tak nampak. Kawan aku pi India, nmpak diorg ni pengotor sesangat, ada pulak yg sambil tunggu bas, siap boleh mengensot sampai ke hujung seat utk memberak kat hujungnya, pompuan lak tu, relaks je. Tapi berani pulak beli kueh kat tepi jalan, bila makan gatal tepi bibir, pastu naik biji2 berair ...
Quote kucingitam 8-7-2019 04:58 PM
realiti kehidupn di india memang camni lah, yg dlm filem bollywood tu mcm drama tv3 pukul 7 tu hah, jenis orka bisnes bilion2 taknak kalah.
Quote kucingitam 8-7-2019 05:01 PM
baru tgk kat fb, video pasal drg ni sukati2 je berak kat tepi laut, sampai nak jalan tepi pantai tu pun kena hati2 takut terpijak taik..aduh...
Quote Metana 8-7-2019 05:03 PM
dalam Dharavi saja dah mcm bandar.. ada kilang proses itu ini,kedai hp kedai komputer farmasi ada industri kecil makanan,ada kedai, ada kuil ada masjid, memacam ada. versi Kowloon wall city
Quote Foxey 8-7-2019 06:40 PM
Err... Cukup lah tengok kat video tu je kot
Quote Sazida 8-7-2019 06:43 PM
Kasi tix free g sini pun xnk.
Quote dekmieDandy 8-7-2019 06:48 PM
tak boleh bayang India ni dia punya history punyala lama berbanding mana-mana tamadun manusia tapi end up jadi camni
Quote Buritan 8-7-2019 06:56 PM
united_holland replied at 8-7-2019 04:39 PM
Tak berminat nak pi tengok sendiri, cukup lah tgk video yg tt share ni..hihi..tp lepas tengok video  ...

Dan juga berjimakkk ...
Quote Mulotkoyak 8-7-2019 08:50 PM
Negara india  sebersih2 die adelah sekotor2 kedai mamak yg paling kotor di malaysia. Ak kalo kesane xtau la nk minum n mkn cmne..hotel 5 star pun ade lipas lalu...
Quote Mulotkoyak 8-7-2019 08:52 PM
Aliaskotonggo: kalau dalam cerita boliwood semuanya kat banda2 besar, bangunan cantik, rumah besar, jalan bersih sekor lembu pun tak nampak. Kawan aku pi India, nmpa ...


Kalo duk flat ngn india pun same sis...bole gak die berak n kencing tepi lif
Quote Pink_Purple 8-7-2019 09:00 PM
turun epot mumbai dah bau najis lembu..
Quote kelana36 8-7-2019 09:27 PM
baru kau orang tau realiti sebenar kehidupan di india.  

yang kaya terus kaya, yang miskin , jadi miskin tegar. tambah lagi dengan kasta ...

aku pernah duduk kat 4 stars hotel kat Ahmadabad. bangun pagi buka langsir ngadap belakang sebab ada sungai . Rupanya kat tepi sungai tu, serupa beach, tepi laut, tempat dia orang membuang . boleh pulak duduk mencangkung facing each other sambil berbual..  menyesal tengok.

belah petang pulak, budak budak dengan berkaki ayam main bola kat tempat yang sama.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.085692 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top