CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Baju Banduan Macam Nak Beraya" - Wak Doyok Dilabel Perosak Filem, Tak Layak Jadi Pelakon?

25-6-2019 11:57 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 11083| Komen: 42|Original author: Oleh: LilRose

Niat ikon fesyen Malaysia, Wak Doyok berkongsi mengenai filem Abang Long Fadil 3 di laman sosial dipandang jelik segelintir warganet.


Kredit foto: IG Wak Doyok



Eh berita baik tu, kenapa nak marah dengan Wak Doyok pula? Bukan apa, orang ramai sebenarnya meluat melihat filem Melayu yang disifatkan semakin tenat dengan pelakonnya yang sering kali gagal menjiwai watak.



Begitu juga dengan Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Mohd Nor.


Tindakannya berkongsi sekeping gambar bersama antara pelakon yang membintangi filem terbitan Skop Production itu menerima kecaman hebat oleh peminat filem.

Kata mereka, baju banduan dipakai Wak Doyok yang telah diubah suai saiznya tidak menggambarkan suasana penjara, sebaliknya lebih kepada hendak beraya.


Kredit foto: IG Wak Doyok

Malah, ada yang meninggalkan komen negatif hingga melabel Wak Doyok sebagai perosak filem.


Kredit foto: Twitter

Pun begitu, ramai juga yang berfikiran positif dengan mendakwa ia sejenis filem bergenre komedi. Jadi tidak ada salahnya Wak Doyok menampilkan imej banduan yang kemas dan berfesyen.

Namun, komen positif itu ditempelak warganet yang menegaskan penjiwaan watak sangat penting dalam sesebuah filem.


Kredit foto: Twitter



Antara barisan pelakon yang bakal membintangi filem itu termasuk Datuk AC Mizal, Hairul Azreen, Wak Doyok dan Johan Raja Lawak.




Setuju atau tidak Wak Doyok masuk lokap dengan penuh gaya begitu? - CARI
1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gujiwa 25-6-2019 12:04 PM
teringat plak cite senario yang rumah hantu tu..
wak ape ntah nama dia..
abg botak abg gondol..
Quote damian_lee 25-6-2019 12:06 PM
Banduan ... sorang mr potato ... sorang mr pantene???
Quote tulanglampai 25-6-2019 12:07 PM
em entahla. tp kebanyakkan cerita dkt sini, mmg jrg2 la artis nk menjiwai watak. Contoh, berlakon jdi org susah pun tetap maintain mekaap  gituwwwww
Quote mohdcrow 25-6-2019 12:34 PM
syapiq yusop ke pengarah ni?....citer apa pulak yang dia plagiat untuk buat movie ni?
Quote YomiuriLandMae 25-6-2019 12:46 PM
tak berkenan sebab x menjiwai watak.. nak jadi banduan tapi fesyen still nak on point.. apooo
Quote haruslah 25-6-2019 12:56 PM
Mungkin betul....gangster...artis...politician kalau masuk penjara style.gini....
Quote ninjago 25-6-2019 01:03 PM
hahahahahahahah tgk johan camtu je pun dah gelak dah!
Quote sharlenetexas 25-6-2019 01:10 PM
Kalau jadi banduan atas kesalahan fesyen bolehlah kot
Quote VitchyPinkVitch 25-6-2019 01:14 PM
Filem komedi kah? Maaf baru keluar dari gua.
Quote AshkieLa 25-6-2019 01:18 PM
tulanglampai replied at 25-6-2019 12:07 PM
em entahla. tp kebanyakkan cerita dkt sini, mmg jrg2 la artis nk menjiwai watak. Contoh, berlakon jd ...

Msia.. jangankan pelakon... props pun hancur.
buat kerja kilang.. barang dalam rumah penuh, tv besar, deco lampu sana sini.. sofa sedap duduk...
... aiyohhh
Quote AshkieLa 25-6-2019 01:20 PM
YomiuriLandMae replied at 25-6-2019 12:46 PM
tak berkenan sebab x menjiwai watak.. nak jadi banduan tapi fesyen still nak on point.. apooo

boleh partner ngan lopa..
lari dr rumah sehelai sepinggang.. tumpang rumah org bagai tp muka maintain mekap.. baju stylo...
Quote tulanglampai 25-6-2019 02:10 PM
AshkieLa replied at 25-6-2019 01:18 PM
Msia.. jangankan pelakon... props pun hancur.
buat kerja kilang.. barang dalam rumah penuh, tv be ...

kaaannnzzzzz. i sokong u sis
Quote serinegara 25-6-2019 02:14 PM
KekRul tu apasal keding?
Quote qistiena 25-6-2019 02:16 PM
x pernah minat anak beranak nie punya cete
Quote duri_durians 25-6-2019 02:48 PM
orang jadi pelakon sebab nak jadi orang lain. kau jadi pelakon , nak jadi diri sendiri.

gagal teruk industri filem melayu. sanggup lacurkan kualiti semata nak dapat following daripada so-called self-claimed public figure.

Quote kucingitam 25-6-2019 03:06 PM
AshkieLa replied at 25-6-2019 01:18 PM
Msia.. jangankan pelakon... props pun hancur.
buat kerja kilang.. barang dalam rumah penuh, tv be ...

haha..betul..belum lagi kisah org miskin sakit, tapi masuk hospital swasta, bilik sorang...

Quote hangdenim 25-6-2019 03:14 PM
Obviously wak bukan jadi pelakon for the love of art. Wak diambil sebab branding wak doyok tu jer. Tapi cakap pasal being realistik, rambut jerombon mcm johanahernia tu pun mana logik masuk penjara. Kena botak lah baru jiwai watak katekooo
Quote abangadek 25-6-2019 03:17 PM
wak doyok kotttttt haruslah
Quote munchkin 25-6-2019 04:02 PM
Waden? Mengeja pun tak reti

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.037164 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top