Sepasang suami isteri berdepan dengan hukuman penjara dan denda tak lebih dari RM50,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Klang, menggunakan weChat untuk aktiviti persundalan.
Muhammad Saruddin Basri, 23 dan Noor Shahfizan Shamsudin, 24, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Razali Ariffin. Harian Metro melaporkan, pasangan tersebut secara sedar menggunakan aplikasi tersebut atas nama akaun Mirra untuk berkomunikasi lucah bagi tujuan komersial. Mereka mengaku melakukan kesalahan terbabit di Flat Cempaka, Persiaran Bukit Raja, dekat Klang, 3 petang, pada 4 Disember lalu. Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 233(2)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama serta Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara atau kedua-duanya sekali. Timbalan Pendakwa Raya Hafizah Zahidah Abdullah berkata, pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang ikat jamin kerana tertuduh sebelum ini tidak mempunyai alamat yang tetap sehingga polis sukar menjejakinya. “Kedua-dua tertuduh sudah dua kali membuat laporan polis sebelum ini namun alamat yang dinyatakan bukan tempat tinggal mereka." -CARI |
Kurex replied at 25-6-2019 06:14 PM
Ingatkan pulis yg belah kanan tu pu riz
giyomi replied at 25-6-2019 08:29 PM
PU Riz yg tgh hangat di pasaran sekarang tu ker...jauh beza. sapa ada gmbr terlarang, bak ci ...
MelahJanda replied at 25-6-2019 05:17 PM
tak fahamla modus operandi. contoh?
batmana replied at 25-6-2019 09:42 PM
si somi ngn isteri pakat gune akaun mirra, cari lelaki gila seks dlm wechat, smpai tayang kemaluan ...
ADVERTISEMENT