Walaupun mengalami episod sedih pada awal tahun ini apabila berpisah dengan Sarah Hildebrand, Nabil Mahir tetap terus menjalani hidupnya seperti biasa. Sering memuat naik gambar dan video makanan enak di laman Instagramnya, Nabil kelihatan bahagia setelah bersedih seketika.
Baru-baru ini, Nabil ada memuat naik sebuah video memaparkannya sedang makan nasi bersama raja buah, durian dan hirisan gula melaka serta santan. Walaupun bahannya kelihatan normal, tetapi yang jadi luar biasanya apabila dia menjamah gabungan bahan itu dengan lahapnya. Selain menjamah dengan teruja, dia menggaulkan kesemua bahan tersebut dengan rakus. Tak senonoh langsung! Netizen berasa marah dengan perbuatannya itu kerana dianggap tidak menghormati rezeki yang diberikan selain tidak beradab. |
ADVERTISEMENT