CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Warganet Cemburu Dengan Lisa Surihani, Dapat Bergambar Dengan Siwon Super Junior!

1-7-2019 10:36 AM| Diterbitkan: cikqis88| Dilihat: 10904| Komen: 45|Original author: Oleh: The Queen

Nama Lisa Surihani sudah tidak asing lagi dalam industri seni Malaysia. Baru-baru ini, nama isteri kepada Yusry KRU ini kembali hangat diperkatakan dengan penampilan terbaru beliau yang sudah bertudung sebaik sahaja pulang dari menunaikan ibadah umrah bersama keluarga.


Kini, nama Lisa Surihani sekali lagi menjadi trending no 1 di laman maya twitter baru-baru ini (Jumaat) apabila gambar-gambarnya bersama artis dari Korea iaitu Siwon (anggota kumpulan Super Junior) tersebar di internet.


kredit foto news.kini.blog

Kemunculan istimewa Lisa Surihani dan Siwon itu telah menggamatkan suasana di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang sempena kempen #StandTogether, sebuah program anjuran Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (UNICEF).


Siwon selaku wakil khas dari Korea, manakala Lisa Surihani wakil khas Malaysia meluangkan masa lebih 2 jam di sekolah berkenaan. Rata-rata peminat cemburu melihat pelajar-pelajar sekolah berkenaan dapat bergambar dengan artis-artis kesayangan ramai itu.

kredit foto soyalemon.bbn.my
Mengikut wakil UNICEF Malaysia, kempen #StandTogether itu bertujuan untuk memberi sokongan kepada mangsa buli dengan menyeru orang ramai bersatu dengan mangsa buli. Ianya untuk meyakinkan mangsa buli bahawa mereka tidak keseorangan. Pihak UNICEF sangat komited untuk menangani segala bentuk buli di kalangan pelajar dan memastikan mekanisme sedia ada dapat melindungi pelajar dari kesan negatif.

Program ini membolehkan pelajar menyuarakan pendapat mereka mengenai apa yang berlaku di sekitar mereka, tanpa mengira umur dan jantina bagi mengekalkan kesaksamaan, keamanan dan sebagainya. - CARI 


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tupperwarepink 1-7-2019 10:40 AM
Cantik lisa bertudung
Quote Kurex 1-7-2019 10:44 AM
Hensem siwon
Quote PuanAbby 1-7-2019 10:44 AM
Sopan je lisa
Quote Shirley23 1-7-2019 11:11 AM
Ingatkan apek mana tadi .
Quote doubleA 1-7-2019 11:20 AM
comelnya lisa surirumah
Quote simatakucing 1-7-2019 11:37 AM
Lisa bertudung nampak remaja.siwon wlupun senduk tapi ensem blh tahan hihi
Quote RatuDunia94 1-7-2019 11:49 AM
Hensemnya Siwon...
Quote electricopop 1-7-2019 11:50 AM
Cantiknya Lisa... Helok Siwon ni...
Quote akubujang 1-7-2019 11:52 AM
siwon ni handsome
Quote haisanor 1-7-2019 11:59 AM
respek siwon ni.. daripada x pandai bahasa Inggeris tapi rajin masuk kelas belajar english walaupun super junior fames giler dan bizi giler masa tu, sekarang ni fasih giler cakap english.
Quote pinkpunk 1-7-2019 12:01 PM
siwon tak hemsem. muka dah tua
Quote EvieWanKenobi 1-7-2019 12:11 PM
lepas ni ada ler komen tudung tak tutup dada ler..
baju pendek ler.. seluar ketat ler..
Quote mistified 1-7-2019 12:14 PM
Lisa nmpk ayu.
Quote iloveyou 1-7-2019 12:47 PM
Me as lisa bila pandang siwon cmtu.
Quote nazzse 1-7-2019 12:50 PM
Comelnya lisa
Sopan je baju, jeans pun longgar..nampak she nak berubah bukan sbb terpaksa..

Siwon forever handsome tambah2 sejak laku belakon skrg
Quote kechikchomel 1-7-2019 12:58 PM
siwon datang kajang???
apesal iolss tak tau

Quote merrissa 1-7-2019 01:11 PM
alahai bese2nya muke siwon...aku suke tgk dlm tv je...k bye
Quote Zazashar 1-7-2019 02:07 PM
Handsome nya siwon
Quote Minami2013 1-7-2019 02:15 PM
Ada nampak kat ig sorang budak bagi sumtin kat siwon.. then siwon 'hug' budak tu... nmpak sweet je moment tu...

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 07:39 PM GMT+8 , Processed in 0.098735 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top